19 April, 2009

hati hati !! Jln Raja Chulan Kuala Lumpur

pondan yang sering menyerang wanita dilihat cuba mencari makanan dalam tong sampah di Jalan Raja Chulan, Kuala Lumpur baru-baru ini.

Petikan dari Kosmo 18/4/09

Oleh NUZULSHAM SHAMSUDDIN
zulsham@kosmo.com.my

KUALA LUMPUR - Wanita-wanita yang bekerja di sekitar Jalan Raja Chulan di sini tertanya-tanya apakah kesalahan mereka sehinggakan ada seorang pondan sering muncul menyerang mereka.

Tanda tanya itu telah berlarutan sejak setahun lalu dan keadaan bertambah teruk sejak kebelakangan ini apabila sikap agresif pondan berusia 30-an itu makin menjadi-jadi.

Pondan yang sering berpakaian seksi itu akan muncul secara tiba-tiba dan terus menumbuk mangsa wanita tanpa berkata apa-apa.

Jika mangsanya terjatuh, pondan itu dengan ganasnya memijak-mijak badan mangsa selain menyepak mereka tanpa belas kasihan.

Pondan yang mempunyai ketinggian 172 sentimeter dan sering memakai seluar ketat dengan singlet bagi menutup buah dadanya yang memakai coli besar bersaiz D tidak mengambil barangan milik mangsa yang diserang.

Sehingga kini, dipercayai telah ramai wanita menjadi mangsa serangan pondan itu yang disyaki mengalami masalah mental.

Pondan tersebut tidak memilih mangsa kerana sesiapa yang terlintas dijadikan mangsa.

Dikatakan antara golongan wanita yang pernah menjadi mangsa kepada pondan itu termasuklah peguam, pekerja bank dan pekerja restoran makanan segera.

Tindakan ganas pondan itu dikatakan hanya berlaku pada waktu siang. Jika tidak menyerang mangsa, pondan itu kadangkala boleh dilihat tertidur di atas bangku di perhentian bas di kawasan itu.

Ada saksi pernah melihat pondan itu makan makanan yang dikutip dari tong sampah.

Malah beberapa orang mendakwa tindakan ganas pondan itu dipercayai berpunca daripada sikap cemburunya terhadap golongan wanita yang lebih menarik dan jelita.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Zulkarnain Abdul Rahman berkata, polis yang menerima beberapa laporan berhubung kejadian itu telah menahan pondan tersebut pukul 1.20 petang kelmarin.

"Pondan itu telah dihantar ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) untuk menjalani pemeriksaan kesihatan mental.

"Tetapi hari ini (semalam) pondan itu dikatakan telah dibenarkan keluar wad," kata beliau.

Berikutan itu, menurut beliau, polis akan mencari dan menahan semula pondan itu bagi memastikan dia tidak mengganggu wanita yang melalui Jalan Raja Chulan.


Oleh NUZULSHAM SHAMSUDDIN
zulsham@kosmo.com.my

7 comments:

Tirana said...

Kak Tirana rasa dia ada masalah emosi dan mental...

zino said...

bahaya tu.. tak boleh di biar bebas..

Tijah said...

aiyo! takutnyer. kalu jumpa kena buat2 hodoh nih supaya x kena belasah

chekgu Bani Hassim said...

aiyyoo...
gile punye pondan...

Neeza Shahril said...

uish.. dipijak pijak??
takutnya...

Hjh Noralenna Abbas said...

Eeeee, takut....

-Misztake- said...

ee.. takutnya..