11 August, 2008

Travelog Haji - Proffesor Muhd Kamil Ibrahim


(http://muhdkamil.net/kehidupan/category/travelog-haji/) 


Harga: RM 26.00
ISBN 983-192-355-3
Barcode: 9789831923559
Jumlah Halaman: 178 halaman

Sinopsis

“Dan Allah mewajibkan manusia mengerjakan ibadat haji dengan mengunjungi Baitullah iaitu sesiapa yang mampu sampai kepadanya. Dan sesiapa yang ingkar, sesungguhnya Allah maha kaya dan tidak berhajatkan sesuatupun daripada sekalian makhluk.” (Surah Ali Imran, ayat 97)

Travelog Haji; Mengubah Sempadan Iman bukan semata-mata catatan pengembaraan insan yang menunaikan fardu haji yang merujuk kepada kisah tempat, budaya, pengangkutan, makanan, minuman dan tempat-tempat menarik dan bersejarah. Ia adalah kisah perjalanan roh insan yang melangkaui kehidupan rutin manusia.

Penulis melakarkan pelbagai persoalan asas dalam kehidupan seorang Muslim. Kepercayaan kepada penciptanya, tetapi terdesak dengan kejahilan diri yang sememangnya dimiliki oleh jutaan masyarakat Islam yang lain menyebabkan dia mencari jawapan kepada beberapa persoalan yang merunsingkan. Buku ini membawa pembaca mengenali diri sendiri dan bersedia melakukan perubahan besar dalam hidup mereka.

Buku ini sesuai dibaca oleh semua lapisan masyarakat terutama mereka yang tercari-cari buku motivasi agama dan panduan ibadah yang ditulis secara santai dan bersahaja. Bagi mereka yang bakal dan berpengalaman menunaikan fardu haji mendapati buku ini mempunyai nilai yang hebat. Ia mempunyai kemampuan yang luar biasa.

Muhd Kamil Ibrahim adalah Profesor Perakaunan di Universiti Teknologi MARA. Beliau banyak menghasilkan karya seperti PhD: Kecil tapi Signifikan, Ibrahim Shah: Menyingkap Pengurusan Universiti, Motivasi Minda Pelajar, Pelajar Cemerlang dan Motivasi Remaja. Beliau juga menulis buku kepakaran bidang seperti Value Relevance of Accounting Numbers, Financial Reporting in Malaysia dan Corporate Social Responsibility in Malaysia. Lebih daripada 400 rencana juga diterbitkan dalam pelbagai media massa.

Isi Kandungan

Kata Pengantar
Kesyukuran
Catatan Pengarang
Prolog
Bab 1 : Aroma Haji
Bab 2 : Aku Manusia Jahil
Bab 3 : Kad Jemputan
Bab 4 : Konsep Haji
Bab 5 : Jalan Pintas ke Syurga
Bab 6 : Surat untuk Menteri
Bab 7 : Siapa Jaga Anak?
Bab 8 : Pemeriksaan Kesihatan
Bab 9 : Bertaubat di Florence
Bab 10 : Tahalul dan Tolol
Bab 11 : Cik Bedah, Anda di Mana?
Bab 12 : Ujian Wak Lampu
Bab 13 : Mencari Keistimewaan
Bab 14 : Jangan Hantar ke Kelana Jaya
Bab 15 : Hotel Ekhwah
Bab 16 : Universiti Baitullah
Bab 17 : Ajaibnya Bumi Mekah
Bab 18 : Tolong Jaga Ibu Saya
Bab 19 : Malaikat atau Wali Allah
Bab 20 : Hadiah untuk Ibu
Bab 21 : Berkongsi Saf
Bab 22 : Strepsil di Masjidil Haram
Bab 23 : Hajar Aswad
Bab 24 : Maal Hijrah di Mekah
Bab 25 : Kuat dan Bertenaga
Bab 26 : Teori Saf
Bab 27 : Talbiah
Bab 28 : Sesat di Arafah
Bab 29 : Wukuf
Bab 30 : Sejuknya Muzdalifah
Bab 31 : Jamratul Aqabah
Bab 32 : Tua di Mina
Bab 33 : Khatam al-Quran
Bab 34 : Aku Ingin Tidur
Bab 35 : Rokok di Mekah
Bab 36 : Shopping
Bab 37 : Selamat Tinggal Mekah
Bab 38 : Makan ataupun Solat?
Bab 39 : Madinah Bumi Aman
Bab 40 : Tuhan Lebih Mengetahui
Bab 41 : Sehelai Jubah Seribu Makna
Bab 42 : Dua Jam di Raudah
Bab 43 : Selamat Tinggal Madinah
Bab 44 : Haji Mabrur
Bab 45 : Cabaran Sebenar
Bab 46 : Haji Daud Tanjung Karang
Bab 47 : Surau Kondo Kemuncak
Bab 48 : Tulis Kisah Saya
Bab 49 : Astaghfirullah
Lampiran 1
Lampiran 2
Lampiran 3
Lampiran 4
Daftar Bacaan

aku dah banyak baca testimoni org2 yg dah baca buku ni. dah nampak dah lama ada kat kedai buku. tergerak hati nak hadiahkan kat PAPA. tahun ni PAPA insyallah akan ke Mekah menunaikan Haji. Sepatutnya tahun lepas tapi terpaksa tolak tawaran sebab MAMA agak nazak masa dapat offer tuh. Lepas MAMA meninggal,  PAPA ada g TH buat rayuan. Alhamdulillah early january 2008 TH called PAPA beritau rayuan berjaya and insyallah PAPA akan pergi tahun ni 2008.
Aku tau PAPA agak berdukacita sebab niat dia nak g ngan MAMA tak kesampaian. Upah Haji utk arwah MAMA dah buat tahun lepas 2007.
Husband aku ChefHajiFarid tak dapat nak teman PAPA sebab PutraKL agak berat nak lepaskan hubby aku cuti panjang.Function rapat sampai akhir tahun. Haji Fauzi dari TH ada jugak offer lagi kat hubby pergi masak lg utk tahun ni. Aku pun berat jugak sebenarnya. Cukuplah dah byk kali pergi. Bg peluang kat org2 lain plak.
Sebenarnya ramai CHEF2 melayu beragama islam kat Msia ni yg dah dpt tittle HAJI MUDA ! Pergi Mekah pada musim haji utk selama 2 atau 3 bulan utk masak utk jemaah haji Msia. Gaji belakang kira.Yg penting niat utk berkhidmat kepada bangsa agama dan negara. Sambil kerja sambil buat ibadah sambil buat haji. 
Aku pernah bersalin tanpa suami disisi.Operation dan survive hidup dgn anak2 3 bulan sendirian berhad.Alhamdulillah berkat doa suami depan kaabah, aku dapat kekuatan.
Opssss..terlebeyy sudaaaaaaaa
Ok..buku ini aku harap dapat beri kekuatan dan keterangan yg clear pada PAPA utk pergi sendirian tanpa sesiapa pun kecuali kwn2 baru PAPA nanti. Insyallah semoga PAPA akan mendapt haji yg mabrur. Amin

No comments: