03 September, 2008

keletihan kelemahan kesedihan

metformin  / glucophage


pen insulin for kids yg kiut miut

aku letih teramat sangat.terlalu lemah selepas berjaya berpuasa sepenuh hari. dengan keadaan segala keputusan ujian medical check up yg menakutkan, aku gagahkan diri utk LEBIH BAIK mengosongkan perut dari terpedaya dengan hasutan syaitan. Aku mmg terlalu lemah bila gula jadi rendah. Gula dalam badan tinggi salah rendah pun salah. Aku tukar semua dos ubat dan injection kepada waktu malam. Memandangkan aku boleh dah mengatasi kesukaran kelemahan, aku berazam nak puasa selagi terdaya. 

Dengan kenakalan anak2 WardinaSophiellea , WaheedaSalsabilla dan WardhiaSuri dan Ain yg nak UPSR lagi , aku kadangkala rasa nak kena sakit jantung. Terawih ke4 ni aku tak daya betul nak melangkah ke masjid. Sepanjang hari ni anak2 aku nakal betul. Yg kecik sekali sepahkan semua baju yg dah siap lipat dalam almari, Waheeda pulak fever temperature 41.Malam tadi angkot plak Waheeda g emergency kat HospitalAmpang. Wardina asyik mengusik adik2. Penin penin. Aku dah mula nak naik angin dengan ChefFarid dari start puasa asyik balik lambat sebab buffet selalu penuh.

Bila malam tidur lepas balik terawih, aku sure terus pengsan kepenatan. Nak mengeluh berdosa. Aku ingat tazkirah Ustaz semalam kat masjid, suruh berzikir TasbihFatimah. Byk pahala bulan puasa ni segala pekerjaan yg kita lakukan. Nasib baik Moyang dah sihat sikit. Dah tak pakai pampes. Kain yg nak lipat pun dari semalam moyang tolong lipatkan. Yg nak bergosok ada lagi dalam  setengah bakul. Nasib baik minggu lepas ada bibik , dah setel satu bakul.

Semalam aku terpaksa shopping ubat aku kat farmasi je. Nak g HUKM asyik tertunda, ChefFarid ni mmg tak sayang aku kot. Cuti hari ahad mana ada endocrine bukak. ER bukak ler. Itu pun bleh dapat ubat kalo aku kena mcm hari tuh 14 hari dalam ICU. hehehe.

Aku rasa mlm ni aku nak MENGAMUK. Nk tulis wasiat suh ChefFarid sain. Sebab dia mmg tak sayang aku. Ubat aku terpaksa jalan kaki beli sendrik.(TAK NAIK KETA SEBAB DEKAT JER AND TAKDER ~ANJING~) hehehe!

Aku keletihan kelemahan kesedihan...........

No comments: