01 September, 2008

pasar ramadan yg best !!

huh! dugaan dugaan !!

pasar ramadan 5 minit jer JALAN KAKI dari rumah.pasar malam Selasa / Sabtu plak 2 minit jer kat bawah rumah aku!!  aku tak g naik keta sebab tak ada ANJING kat area umah aku . ( abahnajwa..huhuhu)  

pasar ramadan yg best2 kat Bangsar , Kampung Baru , bandar Tun Razak , Velodrome Cheras , Desa Pandan , Jln TAR , Setiawangsa, Tmn Melawati...dan byk lagi. semua best giler dan mmg kompom akan buat mata JULING 360 darjah.

sekarang baru pul 11am dan aku dah berapa kali bukak majalah SAJI & RASA ..tak tau nak masak apa. pepagi tadi aku dah buatkan sarapan utk yg kecik2 makan mushroom soup & hot dog jer. Lunch goreng ikan jer 2 ekor. Bukak poser nak masak apa ? penin penin. kalo g pasar ramadan sure aku akan JULING MATA. akan membantu peniaga2 menambahkan sale dorang hari ni. dan sure aku akan SEEH SOOH tak leh nak tido malam kang. sure terawih akan tak tenag terbayang makanan yg banyak aku borong.

AZAM aku poser tahun ini ialah TIDAK AKAN MEMBAZIR !! aku tak nak tak nak tak nak MEMBAZIR duit dan makanan. Aku plan nak buat moreh kat masjid. Bg duit kat mak suruh buat tahlil sekali utk arwah abah & mama. tak pun sedekah makanan kat jiran2 terchenta! hehehe.

Boleh ke ?? Iskkk...pasar ramadan best oOOoOO. MACAM MACAM ADA. Segala jenis makanan yg susah nak jumpa yg pelik pelik yg taik ayam taik itik...semua ada. adusssss.....

YA ALLAH..tolonglah hambamu ini. JGN lah aku dihasut syaitan yg JAHAT itu. Aku tak nak g pasar ramadan!!!!!!!!! 

KL : 
Lorong Tuanku Abdul Rahman 
Lorong Tuanku Abdul Rahman 3, 5, 7 
Tapak Wakaf Pemuzik Buta 
Lanai Seni 
Jalan Masjid India 
Lebuh Ampang 
Jalan Haji Taib 
Jalan Raja Alang

Cheras/Sg Besi: 
Desa Aman, Cheras 
Flat Sri Melaka 
Taman Len Sen 
Jalan Tasik Permaisuri 
Jalan Tasik Permaisuri 1, Bandar Tun Razak 
Pangsapuri Sri Penara Fasa 2 
Pasar Pagi Jalan Jujur 
Pusat Komuniti Bandar Tun Razak 
Velodrom Tun Razak 
PPR Desa Tun Razak 
PPR Sri Alam 
PPR Pudu Ulu, Cheras 
Jalan Pasar Pudu (susur) 
Desa Tasik, Sg Besi 
Pekan Sg Besi 
Jalan Raden, Sri Petaling

Wangsa Maju/Setapak/Gombak: 
Pasar Datuk Keramat 
Medan Selera Semarak 
Keramat Wangsa 
Persiaran Setiawangsa 
Jalan Wangsa Melawati 3 
Setapak Jaya 
Danau Kota, Setapak 
Jalan Langkawi/Teratai Mewah 
Lot D Medan Idaman, Gombak 
Medan Idaman, Gombak 
Plaza Idaman Gombak 
Pasar Moden Gombak 
Taman Melati, Setapak (pasar malam site)

Sentul/Batu: 
Bandar Baru Sentul 
Taman Dato Senu 
Taman Desa Bakti 
Taman Koperasi Polis Fasa 2 
Kg Batu Muda

Kepong/Segambut: 
Metro Prima, Kepong 
PPR Beringin 
Taman Mutiara Fadason 
Jalan Kuching (Flat PKNS) 
Taman Segambut (SPPK)

Lembah Pantai: 
Jalan 8A, Taman Sri Sentosa 
Taman Pasir Permata 
PPR/P Kg Kerinci, Bangsar 
Flat 17 tingkat, Kg Kerinci 
Tapak Pasar Tani Mega, Pantai Dalam 
Jalan Pantai Dalam (bawah jejambat NPE) 
Jalan Bangsar Utama 
Jalan Telawi Satu, Bangsar 
Jalan Sri Jati 3, Off Jalan Puchong

Kampung Pandan: 
Desa Pandan 
Jalan 5/76B, Desa Pandan 
Pusat Penjaja dan Pasar Jalan Wirawati

Kampung Sungai Pencala 
Taman Tun Dr Ismail

1 comment:

Abahnajwa said...

Mummyyy...

Warghhhhhh...saja jer tau...hahahaha

hari ni semua Ain masak sendiri..ada pulut udang..ada doughnut..ada sup sayur...ayam percik jer takdek..kikiki