28 November, 2008

sayangku cintaku...i love u so much!


kasihan aku tengok laki aku si ChefFarid. 24jam sehari bagai tak cukup. Malam pukul 12am baru masuk tidur lepas layan anak2. Pepagi kenkadang terpaksa g Tesco kejap beli apa2 barang nak masak yg tak cukup. Pukul 9am dah kena masuk kerja. Kat tempat kerja lagi laaa..berlambak paperwork nak buat. Memang laki aku ni dah tak payah masak , tapi kenkadang ada jer staff2 yg mmg suka buat hal. Sakit urat laaa...motor jameed laa , peh tuh nak buat camner. Layan jer lah dan telan jer segala macam alasan staff2 dia yg berbilang umur tuh.

Dah 2 minggu aku dapat job ni aku kesian sungguh kat laki aku! Rasa sayu tgk muka dia. Masa break sebab dia split , kelam kabut balik rumah nak deliver Set Lunch. Semalam motor jammed plak kat Jln Bukit Bintang. Dia redah jugak sampai Pandan Jaya terus g worksyop. Kena RM450 sebab motor nak kena overhaul. Nasib baik cina worksyop tuh kasik motor dia. Bunyi motor dah macam bunyi motor mat rempit. Tadi on the way lepas hantar nasi , motor cina tuh pulak jammed kat Jln Tun Razak. Lahaiii lahaiiii!

Nak g kerja guna keta ...adusssss! Parking mmg laki aku dapat free tapi minyak keta laa pulak. Pastuh jammed kat Jln Tun Razak nak masuk Jln Kg Pandan tuh mmg laaa mengeringkan tangki minyak keta aku secepat yg mungkin.

Fuhhh...rasa nak renti buat set lunch ni pun yer jugak. Untung 12hari dah standby untuk motor. Aku rasa cam ada jer apa2 hutang aku dengan ALLAH yg tak setel lagi ni. Samada niat aku or nazar aku yg aku tak tunaikan lagi or aku kena bebanyak lagi dan tanpa henti berISTIFAR. Aku rasa KERDIL sesangat dengan apa yg menimpa laki aku tanpa henti sejak 2-3 hari ni.

Oh yer ..jiran ground floor rumah aku bergaduh pasal anak2 yg bising. Tak pasal2 sebab dorang bergaduh kat parking motor laki aku, seat motor laki aku yg kena CINCANG dengan parang. Tergenang airmata laki aku citer kat aku 2 hari lepas. Sebab masa gaduh tuh dorang bertekak sambil sorang tuh dok atas motor laki aku. Semalam pulak tetiba enjin motor laki aku terus jammed.Malas nak bergaduh or tanya sesapa , laki aku senyap je.

Ya ALLAH ampunkanlah segala dosa2 aku dan suamiku selama ini.Sesungguhnya aku dan suamiku redha atas segala UJIAN yg kau turunkan pada kami. Permudahkanlah segala2nya untuk kami suami isteri sehingga ke akhir nafas kami. Murahkanlah rezeki anak2 kami Ya ALLAH. Kami sesunggunya bersyukur dan berterima kasih diatas segala rezeki yg telah kau kurniakan keatas kami selama ini. Amin.

2 comments:

Chekgu BaniHassim said...

banyakknye dugaan kak...
harap bwk2 la bersabar ye...

alang said...

Vimmy,
Cg turut Aminkan doa Vimmy itu.
Noon nanti, bersama Pn Faridah Kazi, saya nak ke majlis perkahwinan anak Datin Narimah Daud(pernah jadi GPK Afzan).