02 January, 2009

sijil anak angkat NURAINY ABDULLAH

Adakah anak angkat boleh dibinkan dengan bapa angkatnya?

Haram dibinkan anak angkat dengan ayah angkatnya sebagaimana yang disebut oleh Allah dalam Al-quran yang berbunyi:



Panggillah anak-anak angkat itu dengan berbinkan kepada bapa mereka sendiri.’car itulah yang lebih adil disisi Allah. Dalam pada itu, jika kamu tidak mengetahui akan bapa-bapa mereka, maka panggillah mereka sebagai saudara-saudara kamu yang seagama dan sebagai maula kamu. Dan kamu pula tidaklah dikira berdosa dalam perkara yang kamu tersilap melakukannya, tetapi (yang dikira berdosa itu ialah perbuatan) yang disengajakan oleh hati kamu melakukannya. Dan (ingatlah) Allah amat pengampun, lagi amat mengasihani. (Al-Ahzab 5)

Ayat ini turun apabila orang ramai memanggil Zaid Bin Thabit dengan Zaid Bin Muhammad kerana dia anak angkat Baginda s.a.w. Maka Allah memerintahkan supaya dibinkan dengan ayahnya yang sebenar, bukannya ayah angkat. Ianya merupakan satu dalil yang terang dalam menunjukkan haramnya perbuatan seseorang yang membinkan anak angkatnya dengan namanya apapun sebab dan tujuannya.Memelihara anak angkat adalah perkara yang mulia lagi terpuji apatah lagi dengan niat untuk membantu mereka dari sudut harta benda dan pendidikan. Namun hukum-hakam perlu dipelihara termasuklah aurat antara mereka apabila sudah dewasa.

4 comments:

Sarah said...

Setuju sangat2 kak

MULAN said...

betol tu vimmy..

best betol kat sg congkak tu.. terpanggil2 je..

Ridzwan Bakar said...

Salam Hijrah<
Hukum bab ini sememangnya jelas> Ianya akan menjadi cabaran besar bila anak ini semakin dewasa. Kuasai ilmu membimbing anak ini dan hubungan emosi dengan mereka. Menjaga mereka adalah amanah besar. Moga Allah memberi rahmat dan kasih sayangnya kepada mereka yang membela anak yatim dan anak angkat.

prebetsabu said...

so klu tak letak bin/binti, tp disambungkan nama anak tu ngn nama bapa angkat camna?