10 February, 2009

kawan yg curang hati yg bengang

assalamualaikum

aku tak berniat nak mengumpat atau nak memalukan sesapa , ini cerita dari hati aku yg tengah bengang. kalo kawan2 sekolah yg perasan siapa insan ini , amik jadikan pengajaran dan berhati2!


kisahnya .....

aku ada seorang kawan. kawan lama dari sekolah SPM 1990. kawan aku ni berhijrah setahun yg lepas dari bandar tempat sekolah aku. aku bukan berasal dari sini. aku dok asrama dan sekolah kat sini.

kawan aku ni ada 3 anak angkat dan seorang anak kandung. Anak kandung yg dia dapat lepas 15 tahun kahwin. Anak kandung yg dia ngandong tanpa dia sedari sampailah perot dah 7 bulan. Dia ada probs ngan period so dia tak kisah kalo tak datang period.

masa kawan aku memula datang KL, dia dok umah aku selama SEBULAN. Dengan suami dia dan 3 dari 4 anak dia. Aku sedekah segala apa yg dia makan minum kat umah aku. Aku ngan chefafrid buat mcm adik beradik. Dapat pahala tau!!! he he he

pastuh kawan aku pindah rumah kat rumah aku jugak ni. Selang satu blok je.Hari2 kawan aku ni bertandang kat umah aku. Aku pun bantu apa yg terdaya sampai kawan aku ngan laki dia mampu cari rezeki sendiri. Oh yer laki kawan aku tak kerja.Pindah KL ni ..GAMBLE jer!

lepas tuh kawan aku pindah lagi umah jauh sket yg besar sket. kawan aku ada amik air cond n hendphone UTANG kat BANGLA. AirCond sebab katanya tak tahan KL panas sangat. Padahal kat sana tuh tpt dia dok dulu lagik laa panas sebab ada LAUT. HP sebab dia dah kehilangan HP lama and dah biasa pakai yg canggih.

So umah memula yg dia pindah ada UTANG api/air/sewa rumah. Lari ke rumah ke2. Hutang BANGLA dalam rm3ribu lebih. 2 bulan lepas kawan aku PINDAH lagi. Kali ni jauh kat Seri Kembangan nun. Dok apartment sewa 600 + maintenance.

kawan aku ni telah meninggalkan HUTANG HUTANG 2 rumah sewa + hutang bangla. Yg aku tahu laaa. Aku tau umah dia kat mana. Tapi demi pesanan dia, aku PENDAM jer dlm hati pasal yg aku tau kat mana umah the latest dia.

Aku ngan kwn aku sorang lagi , REKOMEN laki dia ni keja ngan satu kakak tuh. Full time anto roti merata sekolah kat KL.

TETIBA...............

tokey roti kek beskot ni mengadu kat aku ngan kawan aku....

LAKI kawan aku ni buat HAL ...

buat citer BINI dia (kwn aku tu) operation APPENDIKS 2 minggu lepas. Kat hospital swasta. {pinjam cash rm 1250). Dah dapat. Last week nak pinjam rm 3500. Belum dapat.
Bila tokey ni HOLD dulu, dia dah mengamuk cakap tak nak tolong.

laki kawan aku ni tambah citer lagi ....bini dia (kwn aku tuh) ada KOMPLIKASI pulak. nak kena tambah duit.
OTAK ada LUKA . muahhahahahahhahahahahahahahhahaha

aku gelak nak terkencing2. arwah abah aku kena stroke nak scan otak pun kena BERIBu RIBU. Ini dia dah kompom cakap OTAK bini dia LUKA teruk. walaupun belum scan lagik!

bertambah citer dari tokey tuh kat aku. LAKI kawan aku tuh , selalu plak meraba tangan dia masa handover duit or bil bil jualan. Wallahualam

tambah lagi citer...stock roti yg nak hantar ke sekolah2 tuh dia claim selalu short.
padahal staff lama tokey roti ni dah 10tahun kerja tak pernah bg short pelbagai roti yg nak anto g sekolah2 tuh.

tambah lagi story, LAKI kawan aku tuh dah mula memburuk burukkan kawan aku yg sorang lagi ni. Iaitu partner kpd tokey besar yg LAKi kawan aku keja tuh. padahal kawan aku tuh yg beria push laki kawan aku ni dapat kerja kat kilang roti tuh.

Lahaiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiii!!!!

Niat aku nak membantu sedari mula , sampailah yg terbaru ni aku dah rasakan mcm sia2. Aku sungguh tak sangka, sampai begitu sekali cerita yg keluar. Aku bantu sebab fikirkan makan minum dan kehidupan kawan aku kat KL ni. yerlah baru nak hidup kat KL. Aku sedih pun ada , geram pun ada. Tp yg dah aku bantu mmg aku niat SEDEKAH semuanya.

Kawan aku yg dah kena TIKAM ni pulak , penat aku nak menyabarkan dia. Mmg dia mengamuk sakan sebab tokey besar ni mmg partner dia bisnes beskot singapore/brunei/indon.

Semalam aku tak tahan hati. Aku terus call kawan aku yg curang ni dan terus terang segala galanya. Sampai sekarang ...dia tak call aku or sms aku langsung.

aku hairan sangat.....dah tua tua ....kenapa masih nak MENIPU ?????

haruskah aku pertahankan persahabatan aku ini?

8 comments:

Alex Lacey said...

salam...terimakasih sbb dtg blog saya...

tension jugak baca cerita pasal kawan ni...memang ada orang yg jenis spesis mcm ni...husband akak pun berkawan dengan orang yg mcm ni, sentiasa mengharapkan orang...hmmmm

pB said...

salam


moga moga cepat cepat lar bertaubat dan berubah kawan tu ...


payah kalau macam nie

niat kita nak tolong ,
tapi kita lak yang dpt susah

Zareda Norman said...

Mungkin kawan tu ada alasan dia sendiri... apa apa pun berhati hati lebih lepas ni.. manusia bermacam ragam..

Tijah Lawa said...

kak, kalu saya la kak. kalu disebabkan 1, 1000 menghindari, baik la saya tarik diri dr kawan dgn org centu kak.

meh kawan dgn saya kak..insyaallah sy tak nyusahkan akak. hikhik

vimmiyasmin said...

salam all

simpati dah tukar jadi sakit hati!!
sian anak2 jadik mangsa mak bapak yg suka menipu.
kita ni dok ulang umah dia bawak makanan utk anak2 dia yg GERAGAS tuh (ckp JAWA)
nak putus kawan doser , nak kawan terus ...iskk iskkk!

Tijah Lawa said...

kak. kalu satu perkara tu memudaratkan...tak doser kita hindarkan kak.

wah! tijah menghasut gittew!

iina said...

Dalam satu perhubungan.. kita hanya bertanggubjwb 50% saja terhadap segala tindak tanduknya.. kawan yg baik adalah kwn yg sentiasa mengingati kita melakukan kebaikan dan hindaki kejahatan.. dan kawan yg jahat sebaliknya.
Seseorang itu dinilai dengan melihat siapa rakannya ;)..

Anonymous said...

alahai...cam ku kenal jek insan yg tersebut nie...adehhh..ingatkan dh berubah...tp masih lg gitu ke??