24 May, 2009

aku-Hospital Ampang Pandan Mewah KL

SURI admitted since last Wed
aku dah rasa mcm aku plak nak kena baring sekali atas katil spital tuh
ini cilok cilok balik rumah sekejap....kemas rumah basuh kain lipat kain

SURI nyer condition agak teruk jugak
VIRAL FEVER dgn temperature 39-41 turun naik
berat badan turun mendadak dari 14kg - 9kg

bersyukur pada ALLAH SWT
ada adik ipar yg cuti UiTM
walaupun dia ialah seorang bujang lelaki (yg sedang dilamun cinta)
tetapi bolehlah harap jugak
jaga anak dara aku yg kecik kecik bertiga tuh
cheffarid cam biasa penuh dgn function kat hotel

anak yg sulung pulak
pegi perkhemahan pengakap kat dalam kawasan sekolah
tepi hutan bandaraya kuala lumpur
bawah MENARA KUALA LUMPUR
malam semalam tetiba cikgu tepon
dia plak kena FEVER
nangis nangis taknak balik
tapi suruh aku datang sekolah hantar SOLUBLE
mak aiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiii!!
rasa nak PITAM
pukul 12am check in balik kat spital ampang

so...............
aku akan bercuti panjang di spital ampang pandan mewah
mungkin sekurang kurangnya sampai sabtu depan kot baru bleh kuar
sebab maybe esok baru SURIA akan diONkan dengan antibiotik
sebab telinga dah merah n tekak dah nampak kering giler
sedih OooOoOooO
dah la semakin kurus
semakin lemah sebab dah 5hari berapa nak makan n minum
insyallah
saya amat amat memerlukan lagi DOA DOA kawan kawan bloggers semua

so...........................
welcome welcome
Wad 4B Paedtrik
Tingkat 4
Hospital Ampang Pandan Mewah

doakan anak saya NUR WARDHIA SURI QISTINA
sihat sejahtera secepat yg mungkin!!


TERIMA KASIH KEPADA SEMUA PEMBACA AND KENGKAWAN BLOG YG AMAT SAYA SAYANGI
ANDA SEMUA TIDAK PERNAH JEMU2 MENDOAKAN SAYA SETIAP HARI
SETIAP HARI TANPA HENTI
SETIAP KALI ANDA DISINI
SEGALA KOMEN KOMEN
DOA DOA
KATA KATA PERANSANG
KATA KATA SEMANGAT
ADALAH SANGAT SANGAT SAYA HARGAI
I LOvE YOU ALL SO MUCH DEEP IN MY HEART

14 comments:

joegrimjow said...

kalaulah h1n1
nauzubillah

Neeza Shahril said...

semoga suri segera sembuh..
teruskan berdoa dan tabahkan hati vimmy..
doa ibu makbul, Insyaallah...

Tirana said...

Mudah-mudahan Suri akan cepat sembuh dan sihat seperti sediakala..

InsyaAllah tak ada apa2 yang serius.

Jentayu said...

Semoga Suri cepat sembuh....dan Kak Vy semakin tabah menghadapi dugaan hidup.

PINATBATE said...

Mudah-mudahan setiap kesusahan akan berganti dgn kesenangan..tabahkan hati..teruslah berdoa..

Ghazali B Abd Aziz said...

Vimmy ...

Muga Allah menyembuhkan Suri dengan segara serta diberikan kebaikan yang berlipat kali ganda ...

Vimmy tabahkan hati ....

anyss said...

VY,
Moga Suri cepat sembuh.
Orang kata, ujian Allah beri ada beberapa sebab antaranya:
1. Beri lebih banyak kekuatan untuk kita.
2. Beri peluang untuk kita bersabar dan kutip pahala dari kecekalan hadapi ujian itu.
3. Dibersihkan dosa kita di dunia lagi sebelum ke akhirat.

Moga-moga kata orang itu betul. Moga2 VY dapat lebih banyak dari 3 angka di atas.

AZANI said...

vy
semoga Allah mengembalikan kesihatan kepada Suri dan memberi ketabahan pada vy.

Lily.Lulu said...

saya doakan semoga suri cepat sembuh hendaknya kak

akak pun jaga diri baik2
nanti takut akak pulak yg sakit

DatinDiaries said...

sekarang masih kat wad lagi ke....
mudah2han suri cepat sembuh..........tinggi betul suhu badannya tu.......apa2 pun saya doakan semoga anak u cepat sembuh ye...banyakkan bersabar ye

MULAN said...

moga sihat si suri sayang...

cendawanintim said...

cepat sembuh suri...amin.

watie said...

semoga suri cepat sembuh.. amin

pB said...

pB doakan agar kamu sekeluarga tabah dan kuat semangat.


moga Suri cepat sembuh.