apa yg terjadi mmg boleh berulang kembali.
ANAS kembali menyusahkan dirinya sendiri.
mmg aku dah jangka dalam diam. apa yg aku tenguk dan apa yg aku seisi keluarga alami sekarang mmg amat amat menyedihkan. ANAS berbulan2 bersama2 aku seisi keluarga. aku terima ANAS dgn hati yg terbuka. ANAS duduk rumah aku walaupun rumah aku kecik n sempit dgn anak2. ANAS banyak bantu aku ..kemas rumah , lipat kain , kemas dapur , cuci peti ais dan macam2 lagi kerja. ANAS bantu hantar anak2 pegi sekolah bila CHef tak sempat nak hantar bila ada catering.
khamis lepas aku dh mula gaduh mulut dgn ANAS. dia dah start lepak dalam toilet berjam2. 1 jam bagi aku pun dah buat panas membara mendidih2 darah aku. dlm jerit menjerit tuh aku dah tak tahan. call POLIS. kejam ke aku ?
ANAS dibawa pergi lepas soal siasat depan anak2 aku. ANAS menangis2. aku menangis2 dlm hati. anak2 aku menangis2 belakang pintu. 2 hari lagi majlis pertunangan ADAM. brg2 hantaran bersusun atas meja makan. ANAS mengalirkan airmata sambilcakap aku kejam. sanggup kering hati anaiaya dia.
aku menangis berhari2 teringatkan anas. dari khamis sampai pagi tadi aku menangis diam2. berbulan2 hidup bersama ANAS buat aku merindui adik aku itu. selama hidup aku 38 tahun...inilah masa yg paling lama aku duduk satu bumbung bersama ANAS.
ANAS
tahukah kamu betapa kamu adik yg paling akak sayang. walaupun berulangkali kamu lukakan hati akak. byk kali kamu tengking maki akak...kamu tetap adik akak yg paling akak ambil berat. yg paling akak jaga walau diaman kamu berada. akak menangis teringatkan saat2 kamu dibawa pergi depan mata akak. maafkan akak ANAS. akak lebih rela kamu sihat dari kamu mendera diri kamu sendiri.
org yg tak mengalami takkan faham. darah daging kamu mmg dah diracuni ANAS. mmg kamu sendiri tak dapat bertahan ANAS. akak faham. MAK faham. mmg ini yg terbaik utk kamu ANAS.
aku rasa sangat2 lega hari ni. aku sanggup naik teksi pagi2 dgn Suri. g balai AJ amik surat. g balai UK plak tengok ANAS. mmg ANAS menangis. aku tahan airmata. kuatkan hati. Sabarlah ANAS. ini yg terbaik utk kamu. akak n MAK akan bantu kamu hidup lebih lama lagi dari kami berdua. kalau kamu panjang umur dan kami pergi dahulu ....kuatkan semangat kamu.
ANAS
akak sayang kamu sebab kamu tak macam org lain. kamu manusia yg diduga dgn dugaan yg amat hebat. kamu pelakon dipentas dunia ini utk watak yg berat. kamu tabah hadapi dugaan ALLAH SWT. kamu tak pernah bahagia ANAS. biarlah apa yg org kata...kamu kena ingat ALLAH SWT selalu. kuatkan diri kamu utk masa2 depan dan dugaan yg akan bertambah hebat yg bakal kamu harungi nnt.
akak sayang kamu ANAS
5 comments:
mata yg memandang tak kan dapat menanggung beban bahu yg dah lama memikul..Semoga Tuhan beri kesabaran buat setiap makhluknya yg di timpa sesusahan..gagah lah hadapi segalanya.
semuga anas tabah.. dan famili terus menyokong dia..
moga tabah semuanya menghadapi dugaan ini..
dia buat hal lagi ye kak?setan btol najis celaka tu kan??
sabar je la yg dpt sy ckp utk akak n mak akak....
betol ape yg akak buat,bukan kejam...demi kebaikan anas...
Cg bersimpati dengan apa yang berlaku. Nak buat macam mana lagi, bersabar dan berdoa....
Post a Comment