17 July, 2011

alhamdulillah

kadang kadang kita tak sedar
walaupun dah tau apa maksud yg cuba disampaikan

rezeki yg datang melimpah ruah kadang2 kita tak perasan
bukan wang ringgit sahaja
kesihatan ...rakan rakan....pekerjaan...berita baik....ilmu
dan macam macam lagi

aku mmg jahil
bak kata org laser ...stupid
hehehe
tapi aku peduli apa org nak kata
katalah...katalah katalah

aku cuba  TQ to ALLAH SWT sokmo sokmo
dapat kawan baru walaupun miskin hina..itu REZEKI aku
walaupun busuk
walaupun buruk
walaupun berkudis dan bernanah sana sini
walaupun JAHAT ( x semua)
walaupun HINA dimata org lain

aku suker
sebab doarang selalu mendoakan aku setiap kali aku menghulur
walaupun aku hulur selai tisu
atau sudu
atau kopi O panas
dorang semua tetap tersenyum
tetap cuba nak salam aku
nak salam ngan anak anak aku
n hulurkan tangan utk anak anak aku cium tangan dorang

aku bangga
walaupun aku pun mungkin kategori asnaf bandar
tapi aku disayangi
aku dinanti

dan aku juga mungkin akan merindui
jika satu hari nnt
aku tak bersempatan lagi
jadi sekarang ni
aku hanya mau menikmati
saat saat indah bersama mereka

ramai yg bangkang dalam diam
ramai yg kutuk belakang
ramai yg caci dlm hati
ada gak CACI depan2 aku jer

well
ini pilihan aku
dan aku masih berwaspada dan beringat ingat
TQ to KAKAK yg jauh dimata
u are so dekat dihati
nasihat2 itu akan aku jadikan azimat sampai mati

utk KAWAN KAWAN baru aku
selama beberapa bulan ni
aku mmg speechless
kerana KAMU KAMU semua
aku dilimpahi
aku dirahmati
aku diberkati

amin amin amin
semoga kekal hingga akhir hayatku
sedikit yg aku dapat...kita kongsi sama sama
banyak yg aku dapat...kita nikmati bersama sama

semoga ALLAH SWT limpahi kamu semua dgn rahmat dan berkatnya juga
ALLAH SWT menjadi saksi segala apa yg aku lafaz dan lakukan



2 comments:

zino said...

semuga usaha yg baik mendapat berkat dan limpah kurniaNya..

Leyla Shuri said...

as salam vimmi,
no problem. bila2 perlu, PM di Facebook, lepas itu kita oceh-ocehan :-)