Dear Anas
kamu curi TONG GAS mak
akak tau kamu dah tak boleh lagi berfikir
dah jammed
mmg DADDAH dah menguasai seluruh kehidupan kamu
jiwa raga kamu
darah kamu
segala galanya
sedih hati akak
balik rumah tengok mak terhegeh hegeh
hembus arang dalam dapur tanah
mak nak masak makanan kamu
walaupun kamu dah curi tong gas dia lagi
dah tak tau kali keberapa
kali ni mak dah nekad
tak nak beli lagi tong gas baru
mak cakap
biarlah dia masak pakai dapur arang kayu tuh
akak nak cakap banyak pun tak guna
sebab akak tau
kamu mmg dah tak terkwal lagi
mak sedih
kamu tak pegi keja kat AADK tuh
baju uniform kamu ada tergantung kat opis tuh
kunci laci meja kamu mana dia ?
sudahlah anas
akak cadangkan ...sebelum kamu tersungkur mati kat tengah jalan
pergilah menyerah diri kat AADK
kasihanilah kat MAK
mak dah tua dah
dah letih dia bela kamu
dah kering airmata dia
kalo kamu sayang MAK
serahlah diri Anas !
14 comments:
semuga allah membukakan hati anas utk berubah.. inshaAllah..
sapakah anas??
Kesihannya! Memang susah nak berubah kalau kekuatan diri tak ada. Anas, Anas!!
kerana dadah hidup sengsara :( semoga allah membukakan pintu hati anas untuk berubah
Teruslah sabar dan jgn jemu berdoa..
Allah Maha Pengasih ..menentukan perjalanan hidup hambanNya..hanya org yang tabah saja yg diuji dgn ujian sehebat begini..
Semuga Anas diberi kekuatan!
vimmy
semoga anas berbah dan diberi kekuatan. Kita ahli keluarga jangan lupa beri support dan doa
kasi motivasi dan kasih sayang...gua dah lali ngan sume itu...
Dear Vy.
Doa saja tak cukup kalau tak ada usaha nak membetulkan. This needs a lot of courage and strength. Mental pun kena kuat. Instead of sisihkan dia, semua orang kena bertungkus-lumus berusaha. Takes a lot of time and effort though. Good luck!
salam kak vy,
lama tak bg komen. erm..sabar byk2 utk dugaan yg akak hadapi ye.Sabar dan usaha selagi terdaya..
rasanya tak terlambat lg ez nk wish.Happy belated besday utk akak.sama plak tu dgn besday abg ez.hehe..semoga sihat sejahtera selalu..bahagia disamping keluarga tersayang..take care.. =)
Dear Vy.
I just met Professor Kamil kejap tadi and we had lunch together with Azli and Kabir. Had a long chat with him....thanks to you!
Faham sangat, Vimmy. Macam mana kita sayang dan bagi perhatian pun, orang2 macam Anas sukar nak berubah. 'Benda' tu dah control diorang. Lagi pun, ada 'politik' di sebalik pengedaran 'najis' tu. Macam mana nak hapuskan? Cakap je lebih! Orang2 macam Anas lah jadi mangsa. Kesian sangat. Tapi bak kata my friend's mom, dah itu nasib diorang ni. Mungkin tuah dia, dah dilorongkan pada anak2 lain. Jadi seorang ibu tetap sabar dan sayang. Wallahu'alam...
Dah lupa nama kiyai yang ubat ketagihan dadah ni, Raden apa... kalau ada lagi boleh cuba...
Aruah adik ipar kja pun begini jugak halnya masa hidupnya dulu.. Pening kepala!! Yg buat kami tambah frust tu sbb dia ni jenis bijak dlm pelajaran.. Dah final yr kat UTM, sygnya silap pilih jln..
Anas masih ada peluang kembali ke pangkal jln.. Teruskan berusaha dan berdoa..
Take care, VY!!
i dono what happen here, but for some one who is a human, reading this entry really make you feel that it isn't fair for whoever to do that. Sad story.
Post a Comment