22 June, 2008

abah 1948 - 2007

semalam aku teringat kat arwah abah. sayu pilu hati aku. abah nak tinggalkan dunia tapi dia tunggu aku balik. subuh aku paksa abah pegi hospital tempat yg dia paling benci sekali. ahad pukul 8.23 pagi abah tinggalkan dunia depan mata . aku nampak abah lentokkan kepala dan doktor 6 org pam dada dan mulut abah. lepas 5 minit aku suruh doktor stop dan aku redha abah pergi. senang jer abah pergi. tengah cakap dgn doktor tetiba jer terlentok.

aku dgn mak yg ada tapi aku sorang yg nampak abah pergi. syukur pada allah. aku puashati. abah dah tak sakit lagi. biarlah abah pergi dgn aman. aku uruskan abah kat hospital sampai ke liang lahad. aku iring abah dari kereta jenazah hospital sampai lah tukar kereta jenazah masjid. 2 kali abah disembahyangkan.

lepas talkin hujan turun mencurah curah. balik rumah aku termenung tgk katil abah. aku cium semua kain pelekat abah. itu September 2007.

dan sekarang tetiba aku rindu pada KEGARANGAN abah ! aku flashback pada segala apa yg aku uruskan masa abah masuk hospital sampai abah meninggal. aku teringat segalanya.

aku sekarang hanya mampu doa byk byk utk abah. aku doa selalu abah aman damai dan selesa di alam barzah. aku bukan suka abah pergi meninggalkan dunia tapi dah lama abah sakit . sejak aku kahwin abah dah sakit sampailah aku dah ada 4 anak.

selamanya aku tetap rindu dan ingat pada abah. walaupun abah garang tapi aku tau dia sayangkan aku dan anak anak aku dan suami aku.

al fatihah utk abah .

1 comment:

AZANI said...

alfatihah untuk ayah vy, semoga rohnya dicucuri tahmat.