10 June, 2008

Hadiah Harijadi paling bermakna!!! TQ Astro Oasis 106




aku menang pakej Umrah Oasis Astro untuk 2 org . Harijadi aku 3 June . Yg terbaik dapat aku lakukan ...hadiahkan kemenangan ini untuk emak. Abah 23 September 2008 ini genap setahun kembali ke rahmatullah. Aku nak emak bawak Anas adik aku yg paling nakal pergi mengerjakan umrah.

Aku ikhlas. Seikhlas hati dengan penuh harapan. Niat emak and arwah abah untuk bawak Anas mengadap kaabah dan minta ampun bertaubat. Aku mmg bebetul berharap. Aku nak Anas dapat berubah. Dapat ingat Allah. Dapat jaga emak yg semakin meningkat usia.

Pengambaran kat rumah aku Pandan Jaya , rumah emak Ipoh dan di Pengasih. Letih mmg meletihkan. Tapi aku bersyukur. Aku tahu sampai bila pun aku takkan mampu hadiahkan yg sebegini umtuk emak.

Emak n Anas pergi 11 hari. 11 krew production iring emak n Anas. Aku tak tau lagi mcmmana nak terangkan kesyukuran hati aku. Hanya Allah yg tau apa yg aku alami.

atu hadiah yg paling paling bermakna selepas kelahiran anak2ku.

terima kasih Astro Oasis !

No comments: