11 June, 2008

anas emak n aku


ahad lepas aku termeninggi suara dgn mak. semua pasal anas. anas tak mau masuk Pengasih. padahal semua appoinment aku dah buat. dah janji pasal payment.
mak call and suruh aku hormat sikit dengan anas. jangan marah. cakap lembut sikit.
so apalagi aku terus marah mak cakap mak sengaja nak anas aktif balik dgn perangai lama.

mak menangis and cakap mcm mcm. aku malas nak layan. malas nak ungkit kat sini. mak tak ada dosa dgn aku. aku yg berdosa dgn mak. itu tetap aku ingat.

biarlah apa mak nak cakap aku terima. aku tahu mak stress dengan segala pengambaran dari ipoh ke mekah . mekah ke ipoh. memang mak terlalu penat. balik umrah pagi esoknya mak terus mandikan jenazah.

aku nangis mmg tak terkira. tapi aku tau..ini semua ujian dari allah. nak tgk aku kuat ke tak.
aku malas nak layan jiwa kacau aku pasal mak. aku call pun mak tak angkat. cara terbaik sembahyang minta ampun pada allah. aku minta allah bukakan hati mak nak anggap aku anak dia. aku sms mak tapi dia tak layan jugak.

pagi tadi tetiba mak tepon. cakap selamba je. sembang mcm biasa. aku pulak yg rasa lain macam.

syukur pada allah. mak nak jugak dengar suara aku ! dan aku dapat jugak dengar suara mak.
alhamdulillah !

1 comment:

farah said...

kesian kat mak ko min. ni la yg ko sms aku hari tu yg kata pjg citer nyer....ke?