11 July, 2008

Mohd Farizzuan - TAHNIAH




Adik ipar anak ke5 dalam famili hubby. Baru grad Dip Comp Science. Sekarang sambung Degree kat UiTM Shah Alam.

Pertama kali sambut kegembiraan tanpa MAMA disisi. Seisi keluarga hari tuh tabah walaupun dalam hati masing masing sebak mengingatkan arwah MAMA. Mama pergi tinggalkan suami anak2 menantu dan cucu2 tersayang selepas 2 hari majlis perkahwinan anak perempuan pertama 7/8/2007.

"PAKCIK" pangkat panggilan anak2 saudara aku lihat kuat menahan sebak tanpa MAMA.

aku dan suami datang jugak walaupun banyak halangan. Dengan KL hujan lebat , jammed sepanjang jalan. Pegi jugak cari bunga nak bg PAKCIK dgn harapan suasana akan bertambah ceria sikit !

Alhamdulillah semua org gembira dan PAPA pun aku tenguk OK jer.


Tahniah PAKCIK.
Belajar selagi terdaya. MAMA mesti gembira disana. k.mimi n abang selalu mendoakan adik adik semua berjaya. Dan hari2 kegembiraan PAKCIK yg akan datang insyallah akan kita raikan tanpa sedikit pun kita lupakan pada arwah MAMA.


No comments: