19 August, 2008

Al Fatihah - Masjid Al Falah Pandan Jaya KL - 8.00pm 19/8/08

al fatihah

Pukul 1.30pm hari ini , makcik yg sekali rewang dgn aku masa kenduri accident kemalangan. Arwah meninggal dunia ditempat kejadian sekali dgn 2 anaknya seorg lelaki dan seorg anak perempuan.

Ketiga tiga arwah baru balik dari melawat kubur anaknya yg seorang lagi yg meninggal dunia akhir tahun lepas.

Aku sebak giler masa pegi rumah dia tadi. Masa pegi kebetulan suami arwah baru balik dari hospital. Atas meja beberapa gubahan pengantin sebab anak lelaki yg seorang lagi akan melangsungkan majlis pertunangan hari sabtu ini.

Semua geng2 makcik tuh tadi yg pegi sekali semuanya mengalir air mata. lauk pauk yg siap masak ada lagi kat dapur. baju2 arwah bersidaian luar rumah. Ya Allah baru lagi semua berkumpul masa kenduri kahwin dan bergurau senda. Hari ini dah dipanggil mengadap Illahi.

Kereta arwah yg anak dia drive actually tak terlibat dgn accident tuh. Tapi kereta lane sebelah TERBANG dan menghempap kerata kancil dia. Kereta tuh NAZARIA. So mmg ketiga tiga arwah meninggal on the spot sebab cedera parah kat kepala.

Dari lepas Asar tadi aku dah lepak masjid buat daun pandan utk bantal. Dan bunga utk tabur kat kubur. Ramai kawan2 anak arwah dan makcik2 yg hadir. Ni lepas maghrib jenazah insyallah sampai. Aku balik sekejap tenguk anak and nak pergi balik ni utk bacaan Yassin.

Ya Allah...patutlah semalam hati aku berdebar2. Makcik DARA nak pergi rupanya. Al Fatihah utk Makcik DARA bertiga beranak. Satu liang lahad.

SOLAT JENAZAH

Setiap yang bernyawa di dunia ini pastinya akan mati, begitu juga dengan manusia sepertimana firman Allah S.W.T dala Surah Ali-'Imran ayat 185 : 


"Setiap yang bernyawa pasti akan mati ." 

Oleh itu, apabila datang kematian kepada seseorang hamba Allah ,maka orang lain yang hidup adalah kewajipan untuk menguruskan jenazah tersebut sebagai amalan yang dituntut dalam Islam .Hukum menyelenggarakan jenazah adalah fardu kifayah iaitu amalan yang tidak diwajibkan ke atas setiap individu muslim bahkan memadai dilakukan oleh sebahagian daripada mereka. 

Rasulullah S.A.W. pernah bersabda yang bermaksud :  
 

"Sembahyanglah kamu ke atas orang-orang yang telah mati." 
(Hadis Riwayat Ibnu Majah) 

Terdapat beberapa perkara yang harus dilakukan oleh manusia lain dalam menguruskan jenazah seperti memandikan ,mengkhafankan,menyembahyangkan dan seterusnya mengebumikan . 

Di dalam buku risalah kecil ini, akan diterangkan cara-cara menyembahyangkan jenazah dan perkara-perkara yang berkaitan dengannya. 

ORANG YANG HAMPIR MATI 

Orang yang sakit ,yang hampir menghembuskan nafasnya yang akhir ,hendaklah dihadapkan ke kiblat,dibaringkan di atas lambungan yang kanan,muka dan dadanya dihadapkan ke kiblat ,kalau tidak boleh hendaklah ditelentangkan dan dua tapak kakinya dihalakan ke kiblat 
Hendaklah diajar mengucap kalimah tauhid (dengan tidak bertubi-tubi), tetapi jika ia berkata dengan kalimah (perkataan) yang lain, hendaklah diajar balik dengan kalimah tauhid. 
Dibacakan Surah Yaasiin() dan surah Ar-Ra'du (). 
PERKARA YANG DILAKUKAN SESUDAH MATI 

Apabila telah mati (yakin matinya) , hendaklah ditutup matanya , diikat dagunya supaya jangan terbuka mulutnya ,dilembutkan sendi-sendinya dengan minyak,ditutup seluruh badanya dengan kain dan diletakkan ditempat yang tinggi ,umpamanya diatas katil ,dan diletakkan diatas perutnya benda-benda yang berat ( lebih kurang 1 paun). 
Ahli-ahli keluarga mayat itu hendaklah berikhitar membayar hutangnya daripada harta peninggalannyaatau daripada pertolongan ahli-ahli keluarga mayat itu atau seseorang waris atau orang lain membut pengakuan (berikrar) membayar akan hutangnya . 
Hendaklah disebutnya membayar akan hutangnya. 
Hendaklah disebutkan kebaikkan dan medoakan keampunan baginya. 
KEWAJIPAN-KEWAJIPAN YANG 
BERHUBUNG DENGAN MAYAT 
  
  
Apabila mati seseorang Islam , maka wajiblah di atas orang-orang yang hidup sebagai fardu kifayah menyelenggarakan empat perkara ke atasnya (mayat): 

Memandikan 
Mengkhafankan 
Menyembahyangkan 
Mengkebumikan 
Peringatan : 

Semua perbelanjaan mengururskan mayat ini ialah daripada harta peninggalannya (si mati) kecuali isteri, maka wajib atas suaminya,anak kecil wajib atas bapanya ,sekiranya tidak ada ,maka tertanggunglah ke atas orang islam yang kaya . 

TUJUAN MENYEMBAHYANGKAN JENAZAH 

Sembahyang jenazah diadakan antara lain adalah untuk memohon keampunan serta limpahan rahmat Allah S.W.T bagi si mati dan mengharapkan suci dari dosa. 

Manusia sebagaimana diketahui memang tidak sunyi dari melakukan kesilapan dan kesalahan .Allah sentiasa memberikan peluang kepada hamba-hambanya untuk bertaubat. Dengan mengadakan sembahyang jenazah orang yang hidup diberi peluang untuk memohon keampunan dan kerahmatan daripada Allah untuk si mati. Sembahyang jenazah juga adalah sebagai satu cara memberi penghormatan yang sopan kepada mayat. 

Hukum mendirikan solat jenazah adalah fardu kifayah.Justeru itu,Islam menganjurkan supaya didirikan sembahyang jenazah dengan jumlah yang ramai itu lebih baik dan afdhal. 

RUKUN SEMBAHYANG JENAZAH 

Niat 
Berdiri jika berkuasa 
Takbir empat kali termasuk takbiiratul ihram 
Membaca surah al-Fatihah 
Membaca selawat ke atas nabi 
Mendoakan mayat 
Memberi salam 
Nota : 

Boleh membaca mana-mana selawat,seelok-eloknya membaca selawat Ibrahimiah. 
Doa bagi mayat boleh dibaca mana-mana satu doa dengan syarat ditakhsiskan (ditentukan) bagi mayat lelaki,perempuan atau kanak-kanak. 
SYARAT-SYARAT SEMBAHYANG JENAZAH 

Suci daripada hadas besar dan hadas kecil 
Menutup aurat dan menghadap kiblat 
Mayat sudah dimandikan dan dikafankan 
Mayat diletakkan di hadapan kecuali mayat ghaib 
Mayat diletakkan dekat dengan orang sembahyang lebih kurang tiga kaki 
Mayat hendaklah muslim 
Matinya tidak kerana perang fisabilillah5 
PERKARA-PERKARA SUNAT BAGI SEMBAHYANG JENAZAH 

Mengangkat kedua tangan semasa mengucapkan empat takbir 
Merendahkan suara dalam sembahyang 
Membaca 
 

Berjamaah sekurang-kurangnya tiga saf,setiap satu saf sekurang-kurangnya dua orang. 
Nota: 

Yang lebih utama menyembahyangkan jenazah itu ialah walinya,iaitu bapanya kemudian datuknya dan ke atas kemudian anaknya,cucu-cucunya dan seterusnya ke bawah, kemudian saudara lelakinya seibu sebapa ,kemudian saudara lelaki sebapa.Kemudian anak saudara seibu sebapa ,kemudian Asabah mengikut tertib, pusakanya dan kemudian zawil arham,jika didapati sama keadaan martabat mereka maka didahulukan yang lebih tua .Dan jika tidak terdapat kerabat-kerabat yang di atas maka didahulukan orang yang lebih faqih dan tua. 

CARA -CARA SEMBAHYANG JENAZAH 

Letakkan mayat di hadapan imam 
Mayat hendaklah diletakkan melintang kiblat 
Mayat lelaki bahagian kepala sebelah kiri imam dan imam berdiri setentang di antara kepala dengan badan ke arah kiblat 
Mayat perempuan bahagian kepala jenazah di sebelah kanan imam bahagian badan menghala ke kiri. Imam berdiri menghala arah kiblat 
Mayat di dalam keranda apabila hendaklah disembahyangkan hendaklah dibuka tudungnya 
PANDUAN SEMBAHYANG JENAZAH 

Berdiri (Bagi yang berupaya) 
Niat 
Takbiratu Ihram 
Selepas Takbir Pertama : 
Membaca Al-Fatihah 
Selepas Takbir Kedua : 
Membaca Selawat Atas Nabi 
Selepas Takbir Ketiga : 
Membaca Doa 
Selepas Takbir Keempat : 
Memberi Salam 
LAFAZ-LAFAZ NIAT, SELAWAT DAN DOA-DOA 

LAFAZ-LAFAZ NIAT 
i) Lafaz Niat : Jenazah lelaki dewasa (hadir)  
  

(Sahaja aku sembahyang ke atas mayat ini empat kali takbir imaman/makmuman kerana Allah Ta'ala) 

ii) Lafaz Niat : Jenazah perempuan dewasa (hadir)   
  

(Sahaja aku sembahyang ke atas perempuan ini empat kali takbir imaman/makmuman kerana allah Ta'ala) 

iii) Lafaz Niat : Jenazah kanak-kanak lelaki (hadir)  


(Sahaja aku sembahyang ke atas mayat kanak-kanak lelaki ini empat kali takbir imaman/makmuman kerana Allah Ta'ala) 

iv) Lafaz Niat : Jenazah kanak-kanak perempuan (hadir)  
  

(Sahaja aku sembahyang ke atas mayat kanak-kanak perempuan ini empat kali takbir imaman/makmuman kerana Allah Ta'ala) 

v) Lafaz Niat: Jenazah lelaki (ghaib) 

 

(Sahaja aku sembahyang ke atas mayat perempuan si anu yang ghaib ini empat kali takbir imaman/makmuman kerana Allah Ta'ala) 

vi) Lafaz Niat : Jenazah perempuan (ghaib) 
 
  
(Sahaja aku sembayang ke atas mayat perempuan si anu yang ghaib ini empat kali takbir imaman/makmuman kerana Allah Ta'ala) 

vii) Lafaz Niat : Jenazah hadir ramai 
  

(Sahaja aku sembahyang ke atas semua mayat ini empat kali takbir imaman/makmuman kerana Allah Ta'ala) 

2.MEMBACA SURAH AL-FATIHAH 
 

3.MEMBACA SELAWAT KE ATAS NABI 
 
 
Selawat boleh dibaca mana-mana satu selawat dan yang seelok-eloknya dibaca selawat Ibrahimiah iaitu seperti di atas. 

4.MEMBACA DOA 

Doa Jenazah Lelaki 
 

Doa Jenazah perempuan 
   

Doa Jenazah Kanak-Kanak 
   

5.MEMBERI SALAM 
  

Sebelum memberi salam eloklah dibaca doa ini: 

(jika perempuan ditukar kepada ) 

No comments: