18 August, 2008

bumi yg basah hati yg resah

alhamdulillah pada ALLAH YG MAHA BESAR. Syukur aku padamu...hari ini aku masih lagi bernafas dan apabila membuka mata, aku dapat lagi merasai kepanasan tubuh badan anak anakku.Daddy keluar awal giler hari ini.Sempat aku merasai pelukan suami tercinta sebelum dia keluar rumah.Aku sempat berpesan hati2 bwk motor.Walaupun dekat dan jln straight jer dari umah ke Jln Tun Razak , tp aku tetap risau.Kat KL ni semua org bwk keta bila takder traffic jammed mcm org giler. Terima kasih Ya Allah aku masih dapat melalaui malamku dengan indah dan bangun pagi ini semua masih sama seperti semalam...

semalam sebelum tidur semua anak2 baca Al Ikhlas 3 x , mengucap , baca doa tidur dan selawat sampai terlelap. alhamdulillah semua pagi ni sihat dan bangun awal lepas subuh berkumandang. Al maklum masjid sebelah rumah.Setiap 5 waktu anak2 dah terbiasa utk berdiam diri dan lepas tuh bukak astro oasis 106 zikir munajat dan dengar ayat2 suci alquran. Sejak aku dah setahun 6 bulan dok rumah ni , anak2 mmg wajib bukak astro oasis 106 setiap kali masuk waktu solat.aku nak ajar pun kenkadang terlupa so lagi senang bukak jer tv. Kalo tengah tidur pun aku bukak supaya automatik masuk dlm fikiran anak2 masa tengah tidur.

pagi ini hujan membasahi bumi KualaLumpur. Dah lama tak hujan, kalo ada pun sekejap jer.Dalam minggu ni baru 2 kali jer hujan.Pagi yg sejuk , aku dah panaskan rendang tok perak dari majlis kenduri semalam. Goreng meehoon inti ayam & sawi pendek. Utk MOYANG tercinta dalam bilik , meehoon , daging rendang and sebiji telur rebus. Susu ANLENE secawan pepagi lepas subuh aku dah hantar kat bilik.

Hari ni sebelum maghrib aku dah suruh AIN siap cecepat. AIN nak solat jemaah kat masjid dan sambil tunggu Isyak dia nak study dalam masjid.Insyallah setiap hari sebab sekarang cuti sekolah. Kelas mengaji bercuti sekali selama seminggu. Kelas mengaji pun sebelah masjid. 

Daddy sekarang pergi kerja seawal 5am setiap hari. Risau katanya sebab hotel fully booked.Ada banyak function sejak kerajaan dah bagi function goverment dah boleh buat kat hotel. Sepanjang tahun ini mmg daddy busy giler. Dia pun dah lega sejak aku dah setuju nak dok rumah n bela anak, daddy dah tak pening lagi! Kalo tak dgn stress kat kitchen & aku yg selalu mengamuk pasal anak2 & kerenah maid aku dulu. Sekarang sejak aku berkorban utk anak suami dan jaga moyang, daddy semakin ceria dan tenang. Aku hari2 minta pada Allah supaya aku sihat dan boleh tunaikan tanggungjawab aku sepenuhnya.

hati aku berdebar2.Tak tau kenapa. Ubat dah makan. Penat semalam ke? Tak mungkin.Anak2 ada depan mata semua ok. Ain dah start study sebelah aku ni sambil mata dia jeling2 kat tv. hihihi. Aku dah jeling maut kat dia. 

iskkkk..hati aku berdebar kuat sangat.

Ya ALLAH berilah aku petunjuk apa yg akan terjadi.Jauhkanlah segala berita keburukan dan bawalah khabar gembira padaku.Ya ALLAH panjangkan umur ibu suami dan anak2ku dan semua org tersayang sekelilingku..Murahkan rezeki ibu tercinta Ya ALLAH ..permudahkan segalanya utkku pada hari ini .......

6 comments:

rajiah said...

Salam,

Vimmiyasmin.. Alhamdulillah..saya pula membuka astro oasis setiap maghrib. Nampaknya kita punyai mission, dan gelombang pemikiran yang sama... Insya-Allah.. semoga anak-anak kita akan menjadi insan yang cermelang akhlak dan mindanya. merekalah antara saham-saham kita di akhirat nanti..

Semoga Allah sentiasa mempermudahkan cita-cita kita.. amiinn..

Abahnajwa said...

Mummy

Abah tak pernah berkesempatan nak menonton Astro Oasis tu..menarik ya cerita2nya?

Seronok baca kisah Ain yang rajin ke surau..

Moga Mummy bertambah sihat dan kuat..demi kebahagiaan family tercinta.Aminnn

Superb GURU BaniHassim said...

sorri tanye kak.
akak sakit ke kak??
sakit pastu berenti kerja??

saya doakan semoga akak sihat, anak2, keluarga dan menjalani hidup mcm biasa. semoga semuanya selamat. InsyaAllah...

Aidura Sofiee said...

salam ziarah.

vimmiyasmin said...

wsalam ..
thanks utk segala support.

Rajiah ~ INSYALLAH !

ABAHNAJWA - channel islamik.walaupun semua byk ulangan tapi demi anak2 zaman sekarang.!

BANIHASHIM ~ yupp...akan sakit DIABETIS dh 12 tahun

AIDURASOFIEE ~ thanks

saya said...

v.yasmin..jangan berdebar2 lagi ye..sabar2. hehhehe..saya ni pandai cakap je, tapi saya sendiri selalu cepat je menangis2. miywahahahaaa... so kuatkan semangat dlm apa juga ye.