08 August, 2008

durian oh durian ..diabetis oh kencing manis





musim durian. semua org bercerita pasal durian. aku terpaksa menelan air liur je. sedih sangat. aku tau betapa sedapnya makan durian. ada rasa nikmat meresap ke seluruh jiwa. yg tak terhingga sedapnya. aku redha. mmg dah bukan rezeki aku nak menikmati betapa indahnya dapat makan durian. aku hanya mampu melihat. 

dapat rasa seulas pun cukuplah. ...rayu aku pada hubby. dibelinya 6 biji yg dah siap dikopek..adusss ..tersiksa jiwa raga aku. ya allah nikmatnya!! 

tetapi..demi anak2 aku yg masih kecik...aku rela makan seulas je. Anak2 aku masih perlukan aku. Masih lg terlalu kecil utk aku tinggalkan. Tapi kalau dah ajal....aku terima. Tapi aku anak aku masih tak tau apa2. Pengalaman masuk ICU 14 hari Januari 2008 buat semua anak2 trauma! 

Aku DIABETIS TEGAR !! aku dah 11 tahun DIABETIS TEGAR yg guna INSULIN dos tinggi. Insulin yg menyeksakan aku. Insulin yg sering bertukar ganti jenis utk menyelamatkan nyawa aku. Aku benci INSULIN...aku benci METFORMIN..aku benci semua ubat DIABETIS....AVANDIA , AMARYL .....semua membuatkan aku hidup serba tak kena!!! 

tapi aku suka DURIAN !!! hahaha....walaupun hanya SEULAS !! 

1 comment:

ajzie@kak azi said...

jaga kesihatan..!