08 August, 2008

luka di kaki ku

kaki aku terkena mata pen. segaris jer. dari beg ain yg terkoyak sikit. dah lebih 10 hari. adoiiiiiiiiii! dah lama betul. tapi tak baik2. masih terasa berdenyut2 walaupun segaris dah tak sebesar mana. apa maknanya? ohhhh..maknanya aku dah berbulan tak makan ubat n injek insulin. kenapa mummy tak makan ubat? ohhhh..sebab mummy pantang makan! opssss...tak jugak!! ohhh..sebab INSULIN selalu buat mummy rasa sangat lapar dan makan banyak2 kali dalam sehari.

2-3 bulan lepas mummy tak muat pakai seluar jeans. masa mummy kena terjah dgn astro , berat badan mummy 64kg! terlebey sudaaaa!! so mummy pun hentikan segala suntikan yg menyakitkan tuh. ermmm...sekarang mummy dah slimmm...dah 52kg! best siott !! 

TETAPI mummy tau mummy akan cepat kena

  • sakit jantung
  • buahpinggang
  • buta mata
  • darah tinggi
  • LUKA LAMBAT SEMBUH ....(dah kena ni! ) 
  • kegatalan vagina
  • dahaga yg AMAT sangat ( selalu) 
  • dan dot dot dot..yg paling menakutkan aku ! 
  • diabetis keton acidasis 6.9 ph ( dah kena) masuk ICU 14 hari

mummy akan pergi tinggalkan anak2 dan daddy! tapi takper jgn risau , dari sekarang mummy dah selalu ajar anak2 mummy pasal MUMMY BARU ! ahaks ! 

DADDY ,

luka kaki mummy nampak sikit , tapi pedih kat dalam and dah lebih 10 hari. jomlah kita pergi mengadap endocrine kat hukm tuh. kita tahan segala leteren dan bebelan! daddy dok diam jerlah. biar mummy yg cakap KENAPA MUMMY TAK MAKAN UBAT ! sebab dia tak tau apa yg mummy alami. cuba dia yg kena KENCING MANIS ! sure doktor2 tuh tensen mcm mummy.

DADDY 

berjanjilah...kalo mummy kena attack lagi sekali , jgnlah penin kepala ! adjust jerlah camner anak2 kita tuh nanti. sebabnya satu hari nanti kalau mummy betul2 tinggalkan daddy .... daddy dah ada pengalaman. Ingat masa mummy masuk ICU ..doktor beritau mummy sudah diambang maut ! Tapi ada lagi umur mummy..alhamdulillah ! Wasiat lain nanti mummy draft kemudian jer lah. Sbb sekarang ni dok tensen tengok luka segaris ni yg tak baik2.

DADDY 

METFORMIN dah start mummy telan 1 biji 3 kali sehari. INSULIN pun nampaknya terpaksalah mummy start cucuk mulai nak tidor nanti. INSULATARD 16 unit. LISPRO akan mummy injek mulai esok bila time nak makan. Sori DADDY sebab mummy sengaja nak menyusahkan daddy. Bak kata doktor ..mummy NAK BUNUH DIRI pelan2. giler nyer doktor! 

ok...kita g check up minggu depan , amik balik appoinment 6 bulan sekali. 

mummy kena SIHAT demi anak2 tercinta! opsss ...demi DaDDY jugak, ye ker ?? 

2 comments:

Abahnajwa said...

Sedihnya baca entry ni.. Aduhaii..makanlah ubat ya mami.. Ajal maut di tangan Allah..Sayu melihat anak berempat tu..selagi daya..kita usaha ya..

Salam dari Liverpool

AZANI said...

Allah,tak terkata bila baca entri ni,doa dan harapan ku panjatkan semoga dipanjangkan umur, dipulihkan kesihatan vy...Amain.