30 August, 2008

Impian Resort Morib



aku pun dah selesai terapi minda..hikhikhik. Cam akak AIN cinta AbahNajwa tu best giler weh dapat pingganmangkok ! Aku g tengok laut sampai nak pitam. Makan berlambak2. Dapat plak makanan presentation utk RamadanBuffet. Kambing panggang lagik! Subuh dari KL then 11pm balik KL balik sebab ChefFarid hari ni ada pest control kat kitchen. Letih giler oOOoO! 

Bilik yg aku anakberanak berkurung sambil ChefFarid sibuk memasak bebetul depan pool.Sekejap jer aku bg dorang berendam, bukan apa malas nak nengok jer. Bukan senang nak jaga 4 org dalam swimming pool. Mcm2 hal boleh jadi. Selebihnya aku dok dalam bilik lepas balik dari menatap laut yg luas terbentang. Gambo tak der lupa bwk kamera. Nak patah balik jauh tuh.

Malam dok lepak kat coffee house makan food yg chef2 nak present kat DatukSyukur. Ini utk approval buffet ramadan. Murah jer RM 39.00++ siap ada GulaiKawah , KambingPanggang , Stall ABC / TehTarik dan mcm2 lagi. Aku dah kekeyangan mcm ULAR SAWA. Masa kat bilik kitchen hantar lagi food berlambak2 utk lunch. Yg makan aku sorang jer dewasa & 4 kanak2. Nafsu menggebu2 dok dldm bilik , lepas makan baring tido.Bangun makan lagi. Sudahnya masa kat c/house aku dah tak larat makan.Makan kambing jer sket & ice kacang dua tiga sudu.

Hari ni kepala aku toing2. Makan kambing punya pasal. Hari ni nak layan melompat blog pun dah tak larat. Mata rasa layu jer. Otak rasa jammed sket. U Mobile pun lembab giler ni. Nak solat dhuha pun terhegeh2 ni. GTG sekejap. Jap lagi nak layannn lagi sampai pengsan. 

4 comments:

Abahnajwa said...

Mummy....

kikikiki...seronok yek dok melayan laut..tenang jer yek...terapi jangan tak terapi mummy..hahahahaha

Morib yek? Cantik ke pantainya..abah dah lama tak ke morib..dulu masa kecik2 pernahlah ke Jugra..dah tu masa lalu rumah Dato' Sidek badminton tu cam bangga sangat..

Makan tu makan gam mummy..ubat jangan lupa yek..amaryl..metformin tu ikut jadual...

Mummy ada hyper-tension gak ker..dah toing2 tuu?

Salam Ramadhan dari Liverpool

vimmiyasmin said...

abahnajwa
tak cantik sangat MORIB skrg. pantai jauh sangat ke tengah.tapi layan jer. Umah DatokMisbun suram tidak bercahaya.hehehe.Sebab lalu tgh malam baru perasan.
Ubat dah makan.Injek insulin jer malas ni.Kalo lama tak jenguk web abah , tandanya mummy kat spital tau.

~Cinta Milo Ais~ said...

salam mummy, terima kasih sudi menjenguk blog saya. seronok ya mmumy dapat makan angin dgn anak2 hehe...

salam ramadhan dan salam merdeka jugak utk mummy :D

sunshine said...

wey! dasat ko....1 hari bole update banyak entry. updated tul blog ko ni. syok lak aku tengok