28 August, 2008

lega weh !!




last day kat Astro Wisma Ali Bawal Jln Tandang. Alhamdulillah 4 hari bisnes sangat2 menggembirakan.Semoga tahun depan dijemput lagi.Yerlah tak payah bayar sewa & free marketing!! 

Hari ni amik kesempatan buat medical check up percuma dengan National Kidney Foundation Of Malaysia. Kalo buat kat luar sure kena 2-3ratus. Aku kena admitted spital ASAP. Hari ni aku jadi perhatian org2 yg bhg medical sebab dorang terkejut dgn result yg keluar. hehehe! nak minum air free pun asyik kena warning jer!

Body Mass Index 23.5                Height 153           Weight 55kg 

Waist Circumference 82cm

Blood Pressure 111/75

**Urinalysis :Glucose:2000mg/100ml  

Protein : Negatif mg/100ml 

Blood : Negatif RBC/ul

**Random Blood Glucose :17.4 mmol/L

**Random Blood Total Cholesterol :7.58 mmol/L

oh..apa dayaku. Malas betul nak admitted spital. Duit lagi nak kena kuar banyak. HUKM kena bayar mahal gak sekarang ni. Bil lama pun ada lagi balance dalam 3ribu lebih. Skrg dah tak keja stopped terus buat payment. Nak kuar duit KWSP kena reject.Dulu bleh skrg tak bleh plak. Bibik ada lagi kat rumah aku ni sementara Chik nak g outstation esok lusa. Kalau kena admitted tak la susah hati sangat.

Aku nak buat wasiat kat sini la bebila sebelum aku admitted spital. Mana tau esok lusa kena KETON ACIDASIS. sure masuk ICU lagi berbelas2 hari.iskk entah sempat entah tidak. dosa byk lagi ni tak terampun. berangan nak mati cepat. iskkk iskkk.

tadi masa urut tapak kaki dgn Persatuan Org2 Buta Malaysia pun dorang komen kaki aku panas sangat. Badan pun panas. Hah ! Ni nak rekomen sesapa nak urut dgn ORG ORG BUTA ni bleh la contact mamat buta ni.

Mohd  Zaki Ismail  0123535355  No 143-1 Jln Radin Anum 1 Taman Seri Petaling 57000 KL.

GOLDEN TOUCH -Blind Traditional Massage

OKU Blind Massage & Reflexology 
Fully run by very experienced blind masseur. Traditional body massage & feet reflexology. Walk-in or by appointment. Juru urut cacat penglihatan. Urut tapak kaki, urut badan tradisional untuk kesihatan.

Dorang ni dah 7 tahun join kebanyakan event yg ASTRO anjurkan. Mmg dah famous. Murah pulak tuh. 30 minit urut tapak kaki RM20 jer. Urut badan RM 40 jer. Tapi kena booking sebab dorang kenkadang Persatuan angkot g merata tempat.Iskk..lupa plak nak suruh dorang ni POSING tadi.

Aku kagum betul dgn mamat Zaki ni. Semangat berniaga tinggi sangat. Dia beria2 nak bisnes cookies dgn cupcakes sepenuh masa. Beli utk kengkawan pun banyak betul. Sedekah katanya. iskk Iskkk..kalaulah ANAS ada semangat camtuh!!

Go to go. Esok nak g MORIB.Temankan Chef Farid ada food presentation kat Datuk Syukur.Sambil2 cuti2 Malaysia. hik hik hik. Malam balik KL ! Kang kecik ati plak moyang kat rumah. Dah la sepanjang minggu ni aku tak ada rumah. Esok aku tangkap gambo  apa yg menarik kat Morib. 

Doakan aku sihat dengan result yg menakutkan tuh. Demi anak2 dan nenek aku yg dah tak larat jalan tuh. Amin.

2 comments:

Nazali Noor said...

Wahh rehatlah mummy..penat dah kerja kuat 2-3 hari ni

Superb GURU BaniHassim said...

woo...
bisnes kuat2 ye kak...
leh carik duit lebih sket...
nk rye dah nih...

tp kesihatan kene jage jugaklaa... :D