15 August, 2008

khalwat / anak angkat 10 tahun anniversary!!

1997-2000 umur perkahwinan aku n suami masih seperti pengantin baru. 1998 aku n hubby kena tangkap basah dirumah sendiri. dikenakan tuduhan berkhalwat sebab selalu sangat nampak berdua duan keluar masuk rumah! ha ha ha. jiran yg sangat prihatin. aku kena serbu lepas balik makan. gabra tahap tertinggi darah tinggi! polis jais n cameraman! fuhhhhhh...nasib baik belum sempat projek berat2! hahaha. kalo tak sure potong stim ! 

pintu rumah aku kena hentak mcm rumah aku ni rumah perompak pengedar penyamun! kelam kabut n pucat lesi aku n suami. tak sempat aku tukar baju ! dengan baju tidur jer aku kena jawab soklan . "SILA BUKA PINTU ...KAMU BERDUA DISYAKI BERKHALWAT " ...................panassssssssssssss  hati aku. tapi memandangkanaku menghormati pak aji2 polis dan org ramai yg dok sebok nak tangkap aku n suami..bukak jer pintu. marah dan panas tapi masih terketar2 n terkejut. 

penuh rumah aku yg kecik ni dengan kedatangan tetamu yg tak diundang. cari surat nikah tak jumpa sebab baru balik dari Ipoh. Abah masa tuh kena stroke kat Hospital Ipoh. Aku plak nak g HongKong utk meeting P.A Newbridge SEA. Last skali bagi jer album kawin yg berat giler tuh. Sambil tuh carik lagi kat ner lah surat nikah. 

Dah setel semua barulah dorang mintak ampun n maaf. Alasan sebab aduan jiran tetangga ku yg sesangat prihatin. Dah setahun aku dok sini baru ni nak tangkap aku laki bini! hu hu hu.Bertahun jugaklah aku memendam perasaan terhadap makcik2 n pokcik2 jiran aku tuh.Dorang pun tak pernah mintak mahap kat aku. 

So sejak 2menjak aku tak bekerja ni , dan berjinak2 dengan kenduri rewang n lepak masjid ni aku secara sendirinya tertegurlah makcik2 n pokcik2 tuh. aku tau dorang pun mcm segan nak tergur aku. yerlah dah 10 tahun kes aku tuh. biarlah....aku tau dorang masa tuh muda lagi. tak kerja n sesangat prihatin! ha ha ha.

so sejak kes aku kena tangkap khalwat , mak aku dengan secepat yg mungkin menyerahkan pada aku BABY yg tersangat comel utk aku jaga. maknanya buat anak mcm anak sendiri. dah siap ada nama n dah lahir 1.9.1996. sejak itu aku jaga n didik AIN mcm anak aku sendiri walau aku tau ramai yg tak merestui aku amik AIN sebab background dia. aku niat SEDEKAH n aku janji akan besarkan dia sampai dia pandai buat pilihan sendiri nanti. 

AIN ada MAMA original yg masih lagi boleh dihubungi. aku tak ada niat nak putuskan kasih sayang AIN n MAMA dia. tapi entahlah...MAMA dia pun senyap je. mungkin dia tau ketidak upayaan dia nak besarkan AIN mcm mana aku buat. AIN mmg aku besarkan dgn segala apa yg terdaya aku bg. al maklum aku lambat dapat anak sendiri.  so dia dah biasa dengan segala apa yg best2 kat KL ni.

sekarang AIN dah 12 tahun. sekolah CBN Bukit Nanas. 2 minggu lagi akan menempuh peperiksaan UPSR. trial dapat 4 A. dah pandai berdikari. balik sekolah naik LRT setiap hari. bijak tapi degil. takut dgn aku tapi no to daddy. degil sikit bila bab2 dengar arahan dari daddy.

1.9.2008 ni AIN dah genap 12 tahun. masaalah aku ialah...nak pergi menyembah MAMA si AIN ni utk buat mykad. fuhhh....kalo lah tetiba dia mintak balik AIN..nangislah aku! oh yer aku amik AIN tanpa sijil anak angkat. sekadar ada surat beranak n aku cakap aku akan bela dia mcm anak aku. 

sejak aku bela AIN mmg rezeki aku mencurah2. terima kasih YA ALLAH atas segala rezeki yg kau curahkan padaku.aku bersyukur YA ALLAH. terima kasih atas segala2galnya yg telah kau anugerahkan padaku.

AIN 

mummy akan jaga AIN selagi mummy ada.terpulang pada AIN utk buat pilihan bila AIN dah umur 18 tahun nanti pada siapa AIN nak pergi. Mummy tak mintak AIN bela mummy sampai mummy mati. Tapi mummy nak tgk AIN berjaya dalam hidup dan mampu hidup sendiri. Mummy nak AIN nanti jadi manusia yg berguna pada keluarga agama bangsa dan negara. Keluarga pilihan AIN yg tentukan. Samada masih nak bersam mummy daddy dan adik2 atau bersama MAMA. AIN boleh fikir sendiri secara matang nanti. Kalau mummy tak sempat tgk AIN menjadi manusia yg berjaya , ingat segala pesan mummy selama mummy bela AIN dari AIN umur setahun. Mummy senantiasa doakan semua anak2 mummy berjaya dan dimurahkan rezeki dari ALLAH TAALA. 

mummy daddy n adik2 sayang AIN dan semoga AIN tidak lupakan kami suatu hari nanti. insyallah.

No comments: