07 August, 2008

MAMA 7/8/07 - 7/8/08 Al Fatihah

mama 3 hari sebelum meninggal dunia. pagi sebelum pernikahan Ina ,acara potong jambul Suri.


Al Fatihah 

Hari ini genap setahun arwah mama iaitu mak mertua aku kembali ke rahmatullah. MAMA tinggalkan kami semua lepas 2 hari kenduri perkahwinan anak perempuan pertama y melangsungkan perkahwinan. MAMA sempat berjumpa dengan semua saudara mara dan kawan2 masa hari kenduri. Syukur pada Allah mmg rezeki MAMA nak saksikan perkahwinan adik ipar aku dan MAMA sediakan segala2nya utk majlis naik endoi baby bongsu aku NurWardhiaSuriQistina. 

Masa hari kenduri tuh dalam pukul 3pm aku tgh MAMA semakin penat.Semakin layu dan semakin lemah yg amat sangat. Tapi aku tau MAMA sengaja kuatkan diri dia utk majlis yg serba indah itu. Aku dah start pujuk PAPA utk hantar MAMA pegi hospital. Tapi PAPA kata tunggulah dulu.Kesian MAMA nak tenguk majlis habis sampai malam. Sepanjang petang tuh aku tak henti2 pujuk semua makcik2 & pakcik2 belah hubby supaya hantar MAMA masuk hospital. Semua serba salah.

Malam ada majlis potong kek. Aku dah buang tebiat asik nak marah2.Aku tak join langsung acara yg gilanggemilang kat depan rumah. Hati aku mmg dah tak sedap.Aku ada rasa sesuatu akan terjadi. Masyallah...detik hati aku mmg betul.

Tiba2 terdengar PAPA menjerit dalam toilet. MAMA nak buang air kecil dan tetiba MAMA mcm nak PITAM. Aku yg tengah buai Suri berlari dalam bilik. Tak ada org lain dlam rumah kecuali Farizal yg hantarkan sate utk aku.  Aku n farizal dan PAPA angkat MAMA naik atas katil. MAMA sealan NAZAK. Aku mcm org gila berlari keluar rumah dalam keriuhan kegembiraan tetamu makan sate dan kek. Aku menjerit panggil hubby dan adik2 ipar yg lain.

Memang MAMA tengah NAZAK. Semua saudaramara yg dah balik rumah masing2 datang balik kerumah PAPA. Sampai subuh MAMA dalam keadaan sedar tapi nampak NAZAK. Semua anak2 MAMA panggil utk kami minta maaf. MAMA asyik lambai tangan dan senyum kearah pintu. Ustaz dan Pak Iman pun datang dalam pukul 2 - 5 am. Kakak2 MAMA bacakan Yassin. 

MAMA seakan melambai pada entah siapa yg datang menziarahi MAMA. Aku tau...semua yg ada pun tau. Tapi kami semua diamkan diri sahaja. Taknak kecilkan hati PAPA dan adik2. Kesian PENGANTIN BARU. Tidur terduduk tepi katil MAMA. 

Esoknya MAMA sendiri nak pergi hospital.PAPA kejutkan aku dari tidur2 ayam. Call ambulan dan aku iring MAMA pergi ER Hospital Sg Siput.  Sampai ER doktor dah tau history MAMA. Doktor tuh aku nampak mcm sebak semacam. Aku mintak doktor bg dos ubat yg paling kuat utk MAMA tahan sakit.

MAMA dah stage KANSER USUS yg terakhir. PAPA tak pernah tanya doktor sampai bila hayat MAMA. Ubat mmg MAMA jarang makan sebab sakit kepala katanya. Diagnos bulan jan 2007 dan bulan aug 2007 KANSER mama semakin memakan seluruh tubuh mama. 

ALLAH MAHA KUASA ! sebelum painkiller MAMA mengamankan MAMA....MAMA sempat mintak ampun pada PAPA. MAMA juga mintak pada aku bawakan dia balik rumah. MAMA baca AL FATIHAH mcm budak2 mengaji sampai AMIN. Ya Allah !! aku betul2 insaf! 

MAMA terus koma sampai Selasa 7/8/07.  MAMA hanya dibantu oleh oksigen sepenuhnya pada harituh jugak. Aku jaga MAMA setiap pagi sampai pukul 3pm . Hari MAMA nak pergi , aku sampai dan dapat rasakan MAMA mcm tak selesa. Aku panggil adik ipar aku JAJA dan salinkan dan lapkan badan MAMA. Aku cakap pada MAMA ....mimi tau MAMA nak cantik nak bersih.so MAMA lembutkan badan, mimi n jaja m=n nurse nak bersihkan badan MAMA. nanti org datang MAMA dah cantik. Rupanya itu mmg tanda MAMA nak dibawa balik kerumah dlm keadaan yg sangat bersih. MAMA nak mengadap ALLAH dengan tubuh badan yg bersih sesangat.

Dalam keadaan NAZAK ....kami bawa MAMA balik kerumah naik ambulan. Dalam ambulan aku iringi lagi mama dgn PAPA dan adik2 ipar JAJA n AYE. Sampai rumah dalam 10 minit ...MAMA hembuskan nafas terakhir. Aku nampak hembusan terakhir MAMA. AKu periksa nadi MAMA dan beritau PAPA dan adik2 semua supaya bersabar. Aku minta PAPA kiamkan tangan MAMA. MAMA pergi tepat pukul 1pm Selasa 7/8/07. Aku tenguk wajah hubby dan adik2 betul2 teramat sedih.

Lepas mandi dan dikapankan. Aku cium MAMA buat kali terakhir. Aku mcm rasa bermimpi.Aku tersebut dimulut yg MAMA seperti semakin tersenyum lebar. Ya ALLAH besar sungguh kekuasaanmu. Aku rasa mcm sebegitu kerdil.

Lepas MAMA pergi , aku n hubby handle rumah PAPA utk tahlil dan kemas mengemas. Kesian PAPA dan adik2. Rumah yg beselrak lepas kenduri kahwin bersambung dengan kenduri tahlil.Hikmah besar aku tidak lagi bekerja selepas bersalin utk uruskan segala2nya.

Terima Kasih Ya ALLAH. Kau baukan hati dan jiwaku hanya padaMU selepas segala yg kau beri aku hadapi dah saksikan.

Ya ALLAH tempatkan MAMA dibarisan hadapan org2 yg beriman.Anugerahkan MAMA segala kebaikan yg dapat kau berikan. amin 

1 comment:

aza ni said...

Al Fatehah untuk ibu Vy, semoga Alah cucuri rahmat ke atas rohnya.