03 August, 2008

kenduri kawin nasik minyak

april 2007 aku bermula sebagai surirumah sepenuh masa. minggu ini kali pertama aku  join makcik2 area rumah aku ini sebagai sukarelawan. sukarelawan bawak pisau tolong rewang kenduri kawin. aku yg paling muda unur 35 tahun bersama2 makcik yg kebanyakkan umur 50 keatas.

aku tinggalkan anak2 dengan mak ngah kat rumah. aku turun tempat org kenduri kat dewan org ramai dengan gunting dan pisau dan bekal air sebotol. fuh kelakar giler! aku sorang pakai seluar jeans. tapi takperlah janji kerja jalan. tapi alamak..hahahhaha. setiap kali ada nak angkat benda berat..aku yg jadik mangserrrr...huhuhuhuuhuu.

siang tadi aku tolong basuh pinggan yg beribu2 biji tanpa henti dari pukul 12pm sampailah pukul 5pm. seronok pulak dok gelak2 dgn makcik2 tuh sambil gelak2 dengar org nyanyi kerokeh !! 

ada 4 lagi kenduri sepanjang bulan august nie. dan aku dah rasa semakin seronok dok lepak dengan makcik2 tuh. aktiviti terbaru aku hari khamis lepak baca Yassin dan tahlil malam jumaat. Insyallah. aku berazam nak join setiap minggu. 

oh yer ..hari ni aku n hubby pepagi sibok siapkan lauk pengantin. AyamGolek , Udang Panjat , Ikan TErkangkang! hahaha. kecoh dapur aku pepagi. dgn anak2 aku sebok nak makan udang yg besar2 tuh. balik kenduri tadi aku pulak terkangkang kemas rumah. Lepas maghrib round KgBharu cari Anas dan tunaikan pulak tanggungjawab pd anak2 bawak round Task TTWangsa.

Alamak ..makcik kenduri hantar lagi BERKAT!! berlambak nasi minyak dan lauk pauk kat umah aku ni. tadi dah bg kat Suraya. Esok aku tak masakKKkK!! 

2 comments:

saya said...

bestnya makan nasi minyakkkk...nak jugakkk..

Superb GURU BaniHassim said...

seronok ek kak, join geng2 macik2???
Huhu...
kenduri yg best kalau dpt lauk..
leh simpan xyah masak..
Hehe..