20 September, 2008

akak rindu sangat ..abah

Abd Razak Mohd 

01.02.1948 - 23.09.07


Assalamualaikum Abah 

23/9 ni genap setahun abah tinggalkan kami semua. Akak dah semakin menerima kehilangan abah yg secara tiba2 itu dengan redha. Akak dah kurang menangis mcm mula2 abah pergi dulu. Abah mesti marah akak kalau abah tau akak asyik menangis jer rindukan abah. Sampai akak kena jumpa pakar sakit jiwa tau abah! 

Abah hantar akak sekolah jauh dari abah & mak. Sampailah akak dah kawin , akak tau akak tak berkesempatan nak bermanja dgn abah. Akak menyesal abah. Akak ingat lepas akak berhenti kerja, akak ada masa nak duduk lama2 dengan abah kat Ipoh. Rupanya , seminggu masa akak demam lepas mama meninggal , itu kali terakhir akak bermanja dgn abah. 

Kali ke2 akak balik , akak hantar abah masuk hospital dan esoknya abah pergi tinggalkan kami semua. Abah...sampai sekarang akak tak pernah sehari pun lupa pada abah. Gambar abah akak letak kat dapur. Dekat bilik pun dulu ada, tapi akak selalu tak boleh tidur. Akak rindukan abah.

Abah , 

Akak nak abah tau , akak dah tunaikan niat abah & mak. Akak dah hantar Anas & mak pergi umrah. Abah tak payah risau pasal Anas, dia dah besar panjang. Mak ada mimpi abah datang amik Anas. Masa tuh abah...Anas & Ayon bergaduh. Pecah dahi Ayon. Abah ..maafkan akak abah, akak mmg suka mengadu kat abah. Lepas abah tak ada, mak yg tanggung semua masaalah kat rumah. Akak sakit bah ...akak sakit mcm abah.Akak kesian sangat kat mak. Akak tak sanggup nak selalu call mak , dulu masa abah ada akak selalu call mak tapi akak tak nak sembang lelama dengan abah , sebab abah selalu paksa akak call PUSAT tanya pasal Anas. Sekarang akak tak nak call mak sebab akak tak saanggup dengar apa pulak yg Anas buat kat Ipoh.

Lepas Anas balik Mekah , dia ok 2 bulan jer bah , lepas tuh Anas start balik buat perangai. Kalau lah abah ada ........syukurlah abah pergi. Biarlah abah pergi sebab sakit abah, bukan pergi sebab sakit jiwa dgn perangai Anas.

Terima kasih abah...abah jadikan akak manusia yg sedar diri sekarang ni. Abah jaga akak masa akak lahirkan Wardina. Abah byk ajar akak tabah menghadapi sakit yg akak dapat sekarang ni abah. Akak insaf tengok saat2 akhir abah ditarik nyawa.Akak rasa dan pegang gegaran kat perut abah beberapa saat sebelum abah ditarik nyawa. Rezeki akak seorang nak saksikan saat2 itu abah. Abah ...akak bersyukur akak dapat selesaikan waktu2 terakhir abah didunia ini. Akak hantar abah sampai ke liang lahad. Akak bersyukur tiada halangan utk saat2 akhir abah tuh.

Dah setahun abah pergi, akak masih rindukan abah.Walaupun abah garang , abah selalu marah akak sebab mcm2 hal, tapi akak sayang sangat dan rindukan abah. Terima kasih abah sebab selalu berkorban duduk rumah sensorang masa mak selalu datang rumah akak. Masa akak kena masuk wad, abah tinggal kat rumah seorang walaupun abah sakit.

Abah

Akak tak berkesempatan nak minta ampun kat abah. Byk dosa akak pada abah. Terlalu banyak abah. Anak2 akak dah semakin besar dan akak tak pernah lupa ingatkan cucu2 abah supaya doakan abah disana. Akak doa pada Allah minta ampun segala dosa abah. Akak berharap sangat abah aman disana. Akak nak abah tau ...walaupun akak jauh dari mak dan mak dah tak boleh dtg rumah akak lagi sebab Anas ada kat Ipoh , akak tak pernah putus hubungan dengan mak. Mak selalu call akak and akak akan cuba call mak selalu jugak.

Abah

Insyallah ...pagi raya ni akak pergi kubur abah. Dah lama akak tak pergi kubur abah. Nanti akak suruh anak2 akak bacakan abah Al Fatihah utk abah. Akak selalu ingatkan adik2 sedekah al fatihah utk abah. Mak selalu ngaji al quran utk abah. Mak masih lagi mcm dulu abah, sebuk dgn mandi jenazah dan ajar org mengaji merata2. Sibuk siapkan makanan org kat surau. Abah kan tau mak suka buat kerja amal jariah ni. 

Abah

kalau abah ada , mesti abah marah akak sekarang. Akak menangis dah lama sangat ni abah, akak redha abah pergi, akak redha bah. Tapi akak tetap rindukan abah. Akak nak abah tau ...akak sayangkan abah dan rindukan abah sehingga ke nafas terakhir akak. Akak sakit sama mcm abah, tapi sekarang akak kena kuat dan sihat utk anak2 akak. Akak tak boleh putus asa bah. Akak kena jugak telan dan cucuk ubat2 akak walaupun dulu akak pun degil mcm abah jugak.

Abah ,

akak rindu sangat kat abah. Mata akak dah kering air mata sekarang ni. Akak balik rumah mak nanti , akak nak cium  semua baju2 abah yg masih ada lagi anak2 abah simpan. Yg cantik2 mak dah byk sedekahkan pada kwn2 abah.

Abah

Akak doa pada Allah setiap hari semoga abah aman dan tenang disana. Abah berehat betul2. Abah dah tak sakit lagi mcm kat sini dulu.Akak tak tau apa yg belaku ditempat abah, tapi akak doakan segala2nya selamat. Semoga ALLAH mengampuni segala dosa2 abah.  

Abah 

Akak balik beraya dengan mak tahun ni. Tahun lepas akak tak sanggup. Akak tak nak tenguk rumah mak. Akak rasa kalo akak balik, akak boleh jadi gila menangis sepanjang hari. Tapi tahun ni akak dah semakin kuat dan redha. Akak pun nak balik rumah Farid. Dah semakin ok nak hadapi 2 kehilangan. Abah pergi lepas 47 hari mama pergi. Abah dan mama pergi tiba2 jer buat akak rasa teruk sangat.

Abah , 

Kering semakin kering airmata akak.Semakin pedih mata akak ni. Akak tak sanggup lagi menulis aduan2 utk tatapan abah ni. tak tau mungkin ini kali teralhir akak berkata2 dgn abah. Akak tak sanggup nak sesak dada mcm ni lagi. Akak terlalu rindu...rindu sangat kat abah.

Abah ...akak kirimkan utk abah sentiasa....insyallah

Al fatihah  

4 comments:

June said...

:( Al-fatihah untuk arwah abah akak. Sedih saya baca. Akak yg menangung dan merasai mesti lagi teruk. Semoga akak tabah dan kuat semangat yer. :)

lieyssa said...

salam... Alfatihah buat Allahyarham Abd Razak Mohd...Jangan terlalu ditangisi pemergian ayahanda... Setiap yang berlaku ada hikmahnya... Ayahanda cuma balik kampung je, insyaAllah kita pun akan susuli satu hari nanti... Banyak2 berdoa...

Anonymous said...

Assalamualaikum wrh.,

Akak,

Tak elok jika diturutkan sgt rasa hati ..setiap dari kita adalah pinjaman sahaja..Dunia adalah tempat kita di uji sebelom kita ke alam yg kekal abadi. Byk dekatkan diri dgn Allah yakin dgn Allah insyallah jiwa akan tenang. Sayitan suka kalau kita tewas ditangan dia. Satu yg perlu akak ingat, lagi kita di uji lagi tinggi martabat kita di sisi Allah. Bila kita dekat dgn Allah semuanya akan jadi tenang dan mudah. Saya sudi berkongsi pengalaman kehilangan org2 tersayang terumata mak yg pergi meninggalkan saya ketika berusia 11 tahun dan abah yg baru 6 tahun lepas meninggalkan kami.

Semoga akak tabah menghadapi ujian Allah dan kenangkan anak-=anak yg masih kecil yg masih memerlukan kasih sayang seorg ibu..lebih lebih lagi seorg ibu yang kuat jiwanya. Semoga kita dapat menjalinkan hubungan silaturahim ini dgn lebih baik lagi ye kak...

VimmiYasmin said...

Ina
thank you so much. Insyallah..akak akan ingat semua pesanan Ina!
Doakan sesama yer.