15 September, 2008

im dying ....

semalam aku hampir mati! gula turun sampai 1.9 sahaja. aku injek 36 mixtard. lepas maghrib aku dah rasa lain. rasa nak muntah , pening dan mmg tak larat sesangat. aku tak boleh nak berdiri. nasib baik cheffarid balik cepat. aku guna segala tenaga yg ada nak check darah. masa nak check darah, aku dah rasa nak mati. aku mengucap non stop. baca al ikhlas bebanyak. mmg sah gula aku dropped power giler. terus turun sampai boleh sebabkan aku koma or mati terus. 

AIN tlg suapkan air sarsi paling manis yg aku kena telan segera.ChefFarid sumbat gula dalam mulut aku cecepat. Perut aku yg dah kenyang terpaksa telan air manis , kunyah gula2 , biskut bergula dan apa jer yg manis utk naikkan balik gula aku. Dekat 30 minit baru aku OK. Aku boleh rasa peluh aku mengalir walaupun aku dok depan kipas. Dah lama aku tak kena Hypoglycaemia. Yerlah sekarang aku dah ok injek insulin dan metformin.Aku dah risau tahap paling serious memikirkan kesian anak2 aku tak lama dapat bermanja dgn mummy dorang kalo aku asyik sakit & masuk spital. Medication aku dah ok. So bila terlebih insulin aku boleh mati !! 

Anak2 aku gabra semacam tgk cheffarid kelam kabut semalam. Aku tertidur terus lepas kekenyangan dengan mcm2 yg kena sumbat masa aku hypo tuh. Pukul 2am aku terbangun rasa nak muntah. Level gula dah ok nak termuntah plak sebab rasa perut penuh sangat. Aku termenung lepas muntah mengenangkan nasib diri aku dan anak2.

Ya Allah aku bersyukur yg amat sangat padaMU Ya Allah. Kau panjangkan lagi umurku utk anak2ku dan suamiku. Kasihanilah anak2ku ini Ya Allah. Kau panjangkanlah umur kami semua hingga ke anakcucu. 

Hypoglycaemia is a condition where the level of glucose (sugar) in the blood drops below a certain point - about 3.0mmol/l.
This causes a number of symptoms such as dizziness, sweating and fatigue that usually go away 10 to 15 minutes after eating sugar.
What causes hypoglycaemia?
Insulin is normally produced in the pancreas and helps the body's cells absorb glucose from the blood: 
After a meal the glucose level rises after a meal to about 7-10mmol/l.
One to two hours later, the glucose level starts dropping again. By the next meal, the glucose level is back to normal: about 4-5mmol/l. The insulin level in the blood has also returned to normal.

7 comments:

Abahnajwa said...

Ya Allah Mummy..kan dah ada sukatannya..kenapa mummy overdose...Terkejut abah tau mummy...aduhaiii...Jaganlah camtu lagi ya mummy..kesian anak2 dengan Chef Farid...

Doa abah utk mummy...take care ya..

June said...

Assalammualaikum, takutnya sy baca.Macam mana leh jadi kurang gula tu kak? Apa2pon jaga diri dan kesihatan bebaik yer. :)

Rush Murad said...

Salam....semoga diberikan kekuatan olehNya... nama anak2 tu tersangatlah familiar.... macam pernah disebut oleh seseorang... tapi tak boleh nak recall....

vimmiyasmin said...

Abah
Tak overdose.Ikut sukatan yg doktor baru bagi.Tulah dorang tak bagi jumpa doktor,sambung jer slip ubat tuh.Dah nak mati rasanya kena hypo 1.9mmol.

June
Thanks June.Inilah cabaran org sakit kencing manis yg degil cam akak ni.Byk sgt penyakit sampai dah jemu n malas nak layan.Apa nak buat !

RushMurad
hah! familiar sesangat! ada ke anak org lain nama sama?? iskk iskkk..kat TV arituh tak kuar nama anak. Kalo dah dpt recall beritau yerk!

TerimaKasih byk2.

ms hart said...

Salam Vimmiyasmin, I came here from my aunt's blog, Sekilau1. Anyway, saja nak share, arwah my mom comma sebab hypo ni lah. Bangun tidur, tengok mak dah tak sedar and we didn't know anything masa tu. Rupa2nya hypo. The sugar level was 1.6. She never regained her consciousness after that. It's sad. So now that you are well aware about this, please take care of yourself, ok? Tak mo kah degil2...he he

alang said...

Yes Vimmy, take care okey, think of your loved ones.
Cg

vimmiyasmin said...

Cikgu & Ms Hart
Tima kasih bebanyak. Ok i will.Mmg benci pada insulin dan jarum tapi mcm apa yg cikgu cakap.Ingat org2 yg tersayang!