28 October, 2008

aku pun pasrah .....

aku deman panas dah seminggu. tapi masih bertahan. selera makan maintained! sabtu ahad aku sebuk tolong Farah masak open house kat rumah dia. aktiviti nak merayap g hospital serdang/ open house sg besi / puchong / puncak alam semua tak jadi. Open house rumah Farah dari target 200 org yg datang aku rasa 300 org or lebih. Ini termasuk 2 van besar dari Rumah Anak yatim Titiwangsa. Syukur pada Allah , makanan banyak jadi rezeki anak2 yatim yg datang tetiba petang tu. 

Sampai sekarang aku masih batuk.Petang semalam aku muntah sampai tengah malam. Ingat dah nak g spital. Sakit perut memulas2. Muntah aku stopped lepas aku telan Pil Chik Kit Teck Aun. Pagi ni dah ok sket. Anak2 dah tenguk aku muntah , tetiba memasing plak muntah jugak. Malam tadi mmg ChefFarid tak tidur lena sepanjang malam. Waheeda & Wardina buat perangai cakap sakit perut jugak dan asyik nak g toilet muntah. 

.......................................................................................................................................

Mak 

Aku call mak sabtu lepas. Mak tak pergi langsung jenguk Anas kat lokap. Adik aku Annuar pun sama gak. Sayu hati aku. Aku mmg sensitif sket. Walaupun Anas byk menyusahkan dan adik beradik semua ...tapi aku sedih sayu pilu bila kenagkan apa yg dia akan alami masa dalam lokap. Mak tak cakap banyak sekarang bila aku call dia. Sepatah tanya sepatah dia jawab. Aku tau apa yg mak rasa. Yerlah dari Anas keluar pusat bulan 12/2007 sampai sekrang , tiap malam mak mesi dok atas kepala dia masa dia tengah tido , sembur mcm2 ayat. Mmg aku rasa kelakar tapi itu yg mak selalu buat kat Anas. Mak pun selalu masak apa jer makanan yg Anas nak makan. Anas pun kat rumah rajin tolong mak kemas rumah. Dan aku rasa sejak kengkawan dia yg lain ramai2 dah berkumpul , dia dah start ketagih balik. 

Aku cakap kat Mak , biarlah brg2 kat rumah byk hilang tak per. Mana yg Anas dah jual tuh tak payah dikenang2. Saham nak ke akhirat lagi penting.  Anas tak mengisap dalam rumah ngan kengkawan dia tuh pun dah bersyukur sangat. So sekarang Anas dah kat lokap , mak mmg lah sedih , tapi aku cakap kat mak , mak dah tak risau dah nak g memana. 

Lepas ni , aktiviti aku tiap bulan sure bwk mak g melawat Anas kat pusat. Aku tak kisah asalkan mak puashati dapat tengok Anas kat pusat... sihat dan gemuk dan yg pasti Anas takkan tinggalkan surau dan jadi bilal kat pusat. 

Anas ...

akak doakan kamu..... kamu doakan mak and abah ! semoga hari2 yg kamu lalui kat pusat nanti akan menabahkan lagi ILMU di dada!!  

1 comment:

sunshine said...

Min, t'kasih bebanyak tlg aku. budi ko akan kukenang sampai akhir hayat. dlm apa jua keadaan aku xkan lupakan ko sekeluarga, insyaallah. si anas hisap balik ke? kesian kat mak ko min.