30 October, 2008

jangan mengeluh...



Nur Wardhia Suri Qistina dalam wad kecemasan semalam.

semalam hari yg menggemparkan! lahaii..anak yg kecik muntah2 pulak tak renti2 dari pagi. seharian aku cuba mcm2 cara nak stopkan muntah si Suri. Gagal. ChefFarid balik cepat pukul 5pm terus bwk g Kecemasan Hospital Ampang. Sudahnya duduklah kat wad kuning kritikal sampai malam pukul 10pm. Dah elok masuk ubat dgn air , anak aku menjerit2 pulak kesukaan. ChetTtT! Nak main pulak dgn bebudak lain yg ada mlm tuh sebab fever & mcm2 penyakit lain.

Yg bestnya masa cucuk urat nak masuk tiub air, selamba jer anak aku tak nangis. Bebudak lain menjerit mcm sakit nak beranak! hahaha! Suri yg tetiba dah sihat dan aktif ceria dalam wad ICU tuh menghairankan doktor2 kat situ. hua hua hua ! Aku siap risau takut kena sampuk apa2 pulak kat ICU tuh. Nauzubillah!

Alhamdulillah...anak aku tak ada apa2 salah makan. Muntah sebab batuk jer kot. Kahak terlebih2! Lepas discharged Hospital Ampang,  perut lapo giler pegi pulak lepak makan Nasi Bubur MK kat Dagang Avenue ,Ampang. Mak Bapak &  kakak2 melantak bagai nak giler. Org sakit terpaksa tunggu mengamuk ngamuk campur tension nak balik rumah sebab nak NENENG.

Hari ni aku malas masak...banyak OOoOO kain kena muntah semalam nak bilas satu2 sblm masuk mesin. Sabtu Ahad ni ...hari2 yg sibuk , best dan sure meletihkan!!  

Ok...lets facebooking! 

6 comments:

Mr Fariz said...

uishh.. bt suspen saja dong ank buah gue yg cumil2 ni.. nasib bek xjdi pape.. alhamdulillah...alhamdulillah..alhamdulillah...

June said...

ala comel nya suri, get well soon yer suri. sian mama dia. :)

saya said...

aaaa..baby suri sakit apa tu. risaunyaa.... harap cepat sembuh. kita yg tua2 ni pon if muntah2 rasa nak pengsan lagikan baby.

sunshine said...

sian kat suri. makin kurus la dia. kamal pun terkejut aku citer kat dia semlm.

hazlin said...

sungguh risau kalau anak-anak demam ke muntah ke...

AZANI said...

anaknya cekal ikut ayah dan ibunya.