05 October, 2008

my dear abah

Abah , 

ampun maaf akak tak dapat buat seperti apa yg akak janji. akak tak sanggup nak meratap. akak duduk rumah je abah. anak2 akak suruh doakan abah hari2 masa kat rumah mak. abah mesti suka tenguk umah abah. Suraya belikan cat 2 jenis warna yg abah sure suka. Merah n Hijau. Rumah abah kaler maler. Adik2 gotong royong cat rumah masa hari raya ke2. Mak suka je tenguk rumah bercat baru. Adik2 semua ok jer abah. Semua berkumpul kat rumah. Cucu2 abah asyik nak menyusahkan mak...hehehe.Semua mengada2 nak bermanja dgn mak.

Akak sebenarnya nak beritau abah, akak lalu jer depan rumah baru abah. Akak intai abah dari jauh. Suraya cerita pasal keajaiban kubur abah. Jiran2 abah nama AbdWahab dan Muhammad. So nama abah Abd Razak Muhammad. Kubur abah yg tengah.Semoga abah dan jiran2 abah bersemadi dengan aman.

Abah 

Malam raya ke2 , Adam jemput ramai kwn2 dia. Sampai pukul 3am depan rumah kita ramai org. Farid buat BBQ untk kwn2 Adam. Ayon & Anas tolong mcm2 masa nak buat BBQ tuh. Mak gorengkan kueyteow & meehoon singapore. Akak n Suraya tolong basuh pinggan. Kalau abah ada ...mesti abah sebuk jaga cucu2.

Hari ni Mak ada open house UMNO kat KgRapat. Mak kena masak kuah kacang 10kg.Smlm sebelum akak balik KL , mak tgh sebuk tumbuk kacang. Anas tolong tumbuk kacang pakai lesung besi tuh.

Oh yer ...tengahari Jumaat lepas solat Jumaat, mak buat kenduri tahlil utk abah kat kg mak.Ramai orang datang.Lauk pauk pun banyak.

Abah

Semoga abah bersemadi dgn aman dan akak akan terus mengingati abah sampai putus nyawa akak.  Akak akan kekal sebegini tak tau sampai bila abah....

Al Fatihah...

3 comments:

chekgu Bani Hassim said...

Semoga Rohnya ditempatkan di kalangan mereka yang beriman...
Amiin...

Kite yang hidup di dunia ni cume boleh sedekahkan pahala dan beramal jariah buat bekalan mereka di alam sana...

:)

Anonymous said...

Al-Fatihah... ayah sya pun takda jugak... huhuhu... kita serupa... tapi tak sama...

Yeen Hashim said...

Kak Mimi, my beloved father passed away 3 years ago dan sampai hari ini masih terasa2 kehadiran arwah di rumah. Semoga roh mereka aman di sana, Amin