03 November, 2008

cuti2 ke genting highlands!!






Ahad 2/11/2008

Anak2 alhamdulillah semua dah sihat. semalam aku ajak ChefFarid bwk anak2 g lepak GH. Bukan jauh pun. Sejam dah sampai , itu pun campur hours naik SkyWay. Nasib baik ada member kerja sana. So g main2 kat atas tuh semua berdiskaun 50%. Makan sampai muntah pun kat Cafe Apartment staff2 kat situ. Byk gila aku dapat berjimat. Ada 50 jenis permainan yg anak2 dapat main sepuas hati. Dari pukul 1pm sampai 10pm lepak GH.

Anak2 mmg puashati lah. Aku ngan ChefFarid pun bleh gelak2 je walaupun dah penat giler. Anak sihat & gembira dapat lepak main2 sepaus hati , mak bapak pun happy jerlah! Semalam nampak dari atas KL hujan. Kat atas lagi lah sejuk giler! Nasib baik anak2 semua bwk jaket. Memula malas gak nak bawak baju sejuk, ingat sure panas sebab KL dah 8 hari tak hujan. Nasib baik fikir panjang! Hehehe!! 

3 bulan sekali aku ingat nak bawak anak2 main kat GH. Indoor pun dah sukup puashati. Byk gambar main aku lupa nak snap. Sibuk melayan si Suri berlari sana sini. Wardina & Waheeda letih tapi paksa diri sendiri nak main semua games. Kat atas ni plak ada byk sale. Kalo aku berduit mcm kerja dulu, harus aku shopping memacam. 50% sale discount utk Poney/Padini dan mcm2 lagi mmg buat aku rambang biji mata! 

Oh yer , g lepak Genting bwk adik bongsu ChefFarid yg bercuti jugak 45 hari. Bercuti masak sebab Papa g Mekah. So amik kesempatan lepak umah aku. Tak kisahlah sampai bila. Anak2 pun suka Acu ada umah. Sian Acu kena buli ngan anak2 sedara!!! 

4 comments:

farah said...

apa min semua gelap je gambor je? xkan banyak tu gambor nyer...pegi nyer bkn main lama

lieyssa said...

bestnya cuti2 genting...

MULAN said...

syoknyaa pi genting.. lama betol tak pi sana..

Yatie said...

bestnya ... lama dah tak pegi sana .. tak abis nak main semua games lagi nieh .. hikss ...