26 December, 2008

14 tahun aku bersamamu KENCING MANIS~ Aku Diabetis Bhg 3

Minggu ni aku kembali kepada dos normal aku. Insulin 40 unit and metformin setiap kali lepas makan. Terpaksa dan tak sesiapa memaksa. Nak kata aku fed up hidup..oh tidakkk sama sekali. Aku cuma bosan dengan apa yg dah aku lalui since aku muda2 yg terpaksa insulin dan mcm2 inspection berbagai kat spital.

Aku dah jenuh rasanya bertekak dengan doktor yg tak faham apa kesan2 dan cepat lambat turun setiap ubat baru yg aku cuba. Dari Avandia Amaryl dan mcm mcm jenis insulin aku dah belasah. Ini pun dari Lispro aku dah tukar balik to Mixtard yg bangang ni. Nk kena tunggu pulak 30 minit lepas cucuk baru boleh makan. Dulu Lispro yg mmg mahal tuh aku boleh terus jer cucuk kalo nak makan.

Bulan April 2009 baru giliran aku nak INSPECTION kat HUKM. Pastuh semalam Hospital Ampang pulak called beritau aku kena datang INSPECTION bulan 5 2009. Tamak kan aku. Nak buat inspection kat dua2 hospital. Aku nak tengok apa result yg keluar.

Dah start balik makan ubat cam biasa ni , aku dah OK. Dah sihat sket and dah kuat makan. Dah hilang rasa nak menogok air bergelen gelen sepanjang hari. Makin garang kat anak2 sebab dah power!! Ha ha ha ! Sian anak2 aku. Kecik2 dah belajar camner nak tolong aku kalo aku tetiba rasa nak hypo! Yg pandai tukar jarum insulin pun ada. Yg tukang amik insulin dalam peti ais pun ada. Boleh kata anak2 aku dah tau aku punya AKSESORIS untuk DIABETIS kesayangan aku ni!!

Woraitt..salam hari jumaat. Semoga kita semua diberkati Allah sepanjang hayat kita. Amin

4 comments:

benludin said...

beruntung la anak2 amik berat..:)

chekgu Bani Hassim said...

akak dulu stat insulin dgn bape kak??
mak saye skg 10 unit...

kaki mak saye dah sembuh, alhamdulillah..

VimmiYasmin said...

Ben
alhamdulillah . Buat masa ini. Depan2 esok tak tau lagi! hehehe

CikguBH
Dulu2 amik LISPRO. Boleh adjust ikut berapa banyak kita melantak. He he he
Sekarang amik Mixtard ikut berapa level gula. Kena pandai agak2. Akak tak ikut sangat dose doktor sebab doktor dah suruh adjust sendiri ikut level gula.

Abahnajwa said...

Mummy...

Doa dari kami sekeluarga sentiasa untuk mummy...Kita perlu terus hidup kan mummy...demi keluarga tercinta...:-)