24 December, 2008

kurma & cuka nipah ~ aku diabetis bhg 2

Credit to BenLudin/Flickr/EatingAsia


Kurma ini mcm ada nama ALLAH


Betul ke ini CUKA NIPAH ????

Ini petua yg aku mintak dari Bro BenLudin org LEPIH! he he he

nak buat rasa seram sebab pakai cuka nipah! mana laa nak cari kat KL ni. Cam kena balik LEPIH nak buat ni semua. Pastuh dia pesan..JGN BAGI ORG CUCI PETI AIS KITA !! Nak tau kenapa kena masuk blog dia! MYPARADISO

So ...aku copy paste apa yg dia bg kat aku tu. Erkk...kena bayar royalti ke BRO??
Ini semua SEJIBIK2 aku amik dari n3 dia tau! Tenkiu BRO BENLUDIN. Nnt koi bagi beskot mazola sebekas!




Petua Mertua
Atas permintaan rakan-rakan blogger, disini aku perturunkan petua dari mertua aku mengenai:

I. untuk si pen-kencing manis

Pak Mertua aku mengalami kencing manis. Tapi takde la tahap kritikal. Cara dia mengurangkan bacaan kencing manisnya ialah dengan memakan buah kurma yang dicampur dengan cuka nipah. Cuka nipah ni memang susah nak cari. Tapi tak tau la kat tempat kau orang.

Cara nak buat:
Pi beli buah kurma. Kalau boleh kurma madu atau yang berkualiti sikit la. Lepas tu pi cari plak cuka nisan nipah. Jangan pulak letak cuka masak. Atau cuka getah, nak mampos?!!!
Rendamkan kurma tadi didalam cuka nipah sehingga buahnya tenggelam. Simpan dalam peti ais. Jangan simpan dalam peti besi.Nanti lupa password,tak bleh bukak plak peti besi tu..haha!!!

Cara Makan:
Makan sebiji sehari shj. Jangan pandai-pandai makan 3 biji sehari. Ini bukan juadah berbuka puasa.
Kalau anda bukan pen-kencing manis. Jangan pandai-pandai nak makan!!
Kena rajin jumpa doktor, kalau bacaan dah turun, STOP makan. (bukan stop makan nasi,tapi makan kurma tadi)

Nota:
Jangan bagi org lain kemas peti ais anda. Nanti akan berulangnya ensiden seperti yang dialami oleh aku (ceritanya di sini)....hehe..........

10 comments:

ckLah @xiiinam said...

Sis....
Makan ubat jangan culas beb...
Kena terima hakikat, kita yang dah disahkan ni tak sama dengan orang lain...makan terutamanya. Kena cerewet sikit...memang susah sebab hari-hari kita masak untuk bagi orang makan, tapi kita tak boleh makan. Apa boleh buat? cKLah cakap je....ckLah pun kekadang tewas juga!! Sekarang ni setiap pagi ckLah blend sebiji epal hijau dan peria katak...minum gitu je. Mula-mula dulu nak terbelahak, api sekarang dah jadi rutin. Selain itu, puasa setiap Isnin Khamis, kalau mampu.

Meski FBS/RBS ckLah sentiasa antara 5.6F-5.8F...tapi ginjal ckLah dah terjejas

VimmiYasmin said...

ckLAH

masyallah! Ya Rabbi. Betul ke ni?
HBA1C saya teruk 15.0!

epal + peria katak ?
ErkKkkK !!
Seramnya!!!

ckLah @xiiinam said...

ckLah pernah sampai 13.7....dan pernah 1.4 (pengsan kat sekolah!). Tu yang ckLah cerewet pasal makan sekarang...pepagi makan oat je beb....kalau teringin sangat jamah lah segigit dua....apa nak buat? Dah hakikatnya gitu.....hu..hu...Tiap minggu melawat hospital bulan ni, Hari ni bangun cepat sebab ada kaunseling dengan pharmachiest dan dietician.

Happy selalu....boleh bantu kita 'rasa' sihat..

BigMouth said...

huh susah nyer kan...
Alang kene jage kesihatan dr skrg lah...

BigMouth said...

huh susah nyer kan...
Alang kene jage kesihatan dr skrg lah...

chekgu Bani Hassim said...

susahnye kalau cik diabetes tu dah ade dlm bdn...

riso ye...itu takleh, ini takleh..
last, tale je, dgn alasan nk merasa..
huhu, bese la tu...mak saye pon same.. :)

benludin said...

royalti?

kena sponsor kome kurma utk sebulan posa thn depan..hehe

btw...jaga kesihatan

Zareda Norman said...

cuka nipah ni air nira nipah dah sehari semalam ..

ohhh boleh jai ubat kencing manis ek.. ini maklumat baru boleh masuk sebagai bahan kajian nipah zar.. TQ

VimmiYasmin said...

BigMouth
Alang? saya mak LONG! he he he

CikguBH
mmg susah sangat! asyik nal BEDAL jer.

MrBEN
ErkKkK...sekotak ada 60 bijik.Sehari 2 bijik. Ok laa tuhh!

ZAR
kajian?? amikla saya jadi bahan kajian jugak bleh? ada dapat saguhati tak? hahaha

Anonymous said...

salam ziarah... nampaknya satu kapal lah kita... saya pulak dapat diabetes masa ngandung anak kedua.. hari2 suntik insulin sendiri..
sekarang dah tak ngandung makan ubat jer... hmmmm susah kan kalau dah dapat diabetes nih.. semua kena jaga.