07 December, 2008

korban terkorban pengorbanan



SEREMBAN: Dua beranak rentung, manakala seorang lagi pemandu meninggal dunia akibat cedera parah selepas kereta yang mereka naiki bertembung di Kilometer 270.9 Lebuh Raya Utara-Selatan arah utara, dekat kawasan Rehat dan Rawat (R&R) Seremban, pagi tadi.
Dalam kejadian jam 6 pagi itu, pemandu Proton Perdana V6, Lans Koperal Azmi Abdul Aziz, 29, dan anak sulung mereka, Mohd Nor Akmal Daniel, 6, maut selepas terperangkap apabila kereta terbabit terbakar.
Isteri Azmi, Lans Koperal Rohana Amat, 26, dan anak kedua mereka, Mohd Nor Amsha Danish, 3, diselamatkan orang ramai.




KUALA LUMPUR: Banjir yang melanda Kelantan dan Terengganu kembali buruk apabila 3,608 mangsa dipindahkan akibat hujan berterusan sejak awal pagi, tetapi keadaan pulih sepenuhnya di Pahang apabila semua mangsa dibenarkan pulang



KUALA LUMPUR: Polis mengesahkan tiada unsur jenayah dalam kematian penggiat teater terkenal, Datuk Syed Alwi Syed Hassan, 78, yang ditemui mati di rumahnya di Kampung Sungai Serai, Kuang, Sungai Buloh, malam kelmarin.




SEPANG: Mayat mendiang rakyat Malaysia yang maut dalam kejadian serangan militan di Mumbai, India, Hema Kasipillay tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) di sini, jam 7.20 pagi semalam dengan pesawat Penerbangan Malaysia MH095 dari Mumbai.



UiTM Lecturer, Student Killed In Accident In New Zealand




KUALA LUMPUR: Kejadian tanah runtuh di kawasan Bukit Antarabangsa, Hulu Klang dekat sini awal pagi semalam mengorbankan empat orang apabila 14 buah rumah banglo di Taman Bukit Mewah dan Taman Bukit Utama tertimbus.





KUALA LUMPUR: Mangsa tanah runtuh di Ulu Yam Perdana dekat Kuala Kubu Bharu, kelmarin, mempunyai hasrat berpindah ke tempat lain selepas mendapati kawasan itu tidak selamat untuk diduduki dan kurang pemantauan.




KUALA LUMPUR 4 Dis. – Sebanyak 11 buah kenderaan di kawasan meletak kereta di antara bangunan Commerce Square dan bangunan Amanah Raya Berhad milik CIMB di Jalan Semantan di sini, tertimbus dalam kejadian tanah runtuh petang ini.
Tiada kecederaan atau kemalangan jiwa dilaporkan dalam kejadian pada pukul 5.15 petang itu.







kelu lidah...
dalam masa sebulan...mcm mcm terjadi
dok rumah 24 jam ...jadi penin! jadi takut ! jadi risau !
jantung berdebar debar...tak sedap hati
tengok TV..baca berita online...baca paper..
adussss...risau risau risau

semua org tau..mcm mcm tragedi dah jadi skang kat Msia
semoga kita smua dilindungi Allah
panjang umur dan murah rezeki selama lamanya

4 comments:

@LiYaNNuaR ツ said...

amin.. kak.. tawakal aje skrg nih.. huhuhu... moga semuanya selamat dilindungiNya... amin!

Neeza Shahril said...

Banyaknya kejadian meragut nyawa.. dunia dah semakin tua.. akhirat dah semakin dekat..
sama-samalah kita berdoa agar kita pergi dalam keadaan yang beriman...
thanks vimmy for sharing..

VimmiYasmin said...

amin amin....
kena ingat ALLAH setiap saat

Hjh Noralenna Abbas said...

Vimmy,
Kejadian-kejadian seperti ini seolah-olah kait mengait, link, ataupun macam berjangkit. TQ Vimmy kerana news seperti ini memberi kita ingatan. Selamat Hari Raya Aidiladha. Special makan?