12 January, 2009

akan ku lukis sebuah lukisan dan kutulis novel cinta kau dan aku

kau bisikan bahawa engkau jua rasa begitu

dan berharap agar ku faham cinta sucimu

andainya aku mampu gambarkan padamu andainya aku mampu bercerita

akan ku lukis sebuah lukisan dan kutulis novel cinta kau dan aku



ChefFarid bersama kawan2 Mandarin Oriental Kuala Lumpur 1998-2005


Sepanjang minggu lepas, cheffarid bercuti seminggu. Uruskan anak sekolah dan melayan kerenah aku nak g merata tempat. Aku rasa sepanjang hari mmg cheffarid tak duduk diam. Lepas hantar Wardina ke sekolah dan tunggu sampai 12.45pm balik rumah solat lepas tuh keluar lagi pergi Tesco. Balik Tesco melayan lagi anak2 yg lain nak ajak pergi playground yg best2. Lepas tuh aku pulak ajak g makan ke tempat2 makan yg aku teringin.

Kesian chefafrid!! Dia sorang jer berjantina berlainan dari ahli2 kelab dalam rumah aku ni. Semua anak2 termasuk bibik adalah berjantina yg sama. Semua nak bermanja dengan daddy sepanjang daddy bercuti. Hari2 aku sekeluarga keluar merayap memuaskan hati masing tanpa memikirkan daddy yg kepenatan.

Dari lepak makan / dengar Kuliah Maghrib / lepak playground KLCC / swimming kat rumah Chik / kerokeh kat South City Plaza Seri Kembangan / dan macam mcm lagi sepanjang minggu ni.

So semlam hari terakhir aku n the geng bergembira. Hari ni cheffarid dah concentrate dgn kitchen dia kat Hotel Putra. Dan masih lagi dia kena hantar dan amik anak2 yg bersekolah.  Hari ini dan hari hari yg seterusnya...ChefFarid tetap setia pada tanggungjawabnya..CHEF / Daddy / Darling ....walaupun rasa nak PENGSAN. 


Sebenarnya apa yg nak aku gambarkan ialah betapa aku sepatutnya harus bersyukur mempunyai suami yg tidak pernah mengeluh. Tidak pernah tinggikan suara / naik angin / banyak kerenah / dan macam macam lagi perangai seorang LELAKI yg menakutkan!!  Aku sedar diri aku dan cheffarid BAGAI PINANG DIKAPAK KAPAK...tetapi aku selalu menunjukkan perangai aku yg tak sepatutnya pada cheffarid. Aku ANGIN dan dengan 1001 perangai yg AMAT BURUK. Aku sering diingatkan oleh MOYANG yg tak mungkin aku akan dapat jodoh org yg seperti cheffarid seandainya aku mati hidup semula. ChefFarid adalah SATU dalam SERIBU.


Azam aku ditahun 2009 ini ...wakakkakakakakaaa.....aku nak jadi LEBIH BAIK lagi dari tahun2 yg terdahulu untuk CHEFFARID dan ANAK2. Terima Kasih buat cheffarid dan anak2 kerana memahami aku yg tersangat GARANG bila aku naik angin! Bila GULA over the level ...aku mmg selalu mcm ni. Dan GULA aku pun mmg hari hari OVER THE LEVEL pun.


Dan sambung pasal cheffarid ...dia menjadi kesayangan semua kawan2 aku dari dulu sampai sekarang. SEMUA KAWAN KAWAN PEREMPUAN AKU TAU !!!!

1 comment:

@LiYaNNuaR ツ said...

wow... wondeful la kak... tahniah, kak..