09 January, 2009

masih lagi tersenyum!


teruja sungguh aku dan cheffarid semalam.Sangat sangat TERUJA tau! sampailah ke subuh jumaat ni! 

pukul 6pm dah kelam kabut siapkan anak2 ..dan memang sungguh aku kelam kabut. sambil menunggu Ain balik dari sekolah. terketar2 aku nak cepat. YErlah anak aku ada 4 org. Nak siapkan mcm2 accesorries anak2. Susu/pampes/air/bekal makanan/mainan/buku/anak2 patung lagik! 

keluar dari pandan jaya jalan jammed la pulak. nasib baik MRR2 clear terus sampai simpang ampang jaya. aku ngan cheffarid sesat berpusing pusing kat area KelabDarulEhsan dan masjid yg ada kat situ dekat 15minit. Dari Jln 12 sibok aku mencari Jln 7 dan mcm mcm no jalan lagi yg memningkan chefafrid yg kena bebel ngan aku sepanjang jalan.

nak call Prof segan giler. Nak call penganjur dah dekat nak masuk maghrib. Tawakkal sepenuh hati. Mcm2 ayat yg aku baca! hik hik hik. Sambil naik angin sebab cheffarid tak tau jalan dan terlupa arahan yg penganjur tuh bagi. 

terjumpa satu kakak tengah jalan laju2.Rupanya satu tujuan. Dan alhamdulillah! Aku dan seisi keluarga sampai di Surau Insaniah masa maghrib sedang berkumandang. Berlari lari tinggalkan anak2 dalam kereta. Aku tengok muka Suri tercengang2 kehairanan kenapa aku terus jer keluar dgn cheffarid dan meninggalkan dia ngan kakak2 dalam kereta.

alhamdulillah aku dapat solat maghrib berjemaah dan terus tekun dengar Kuliah Maghrib dari Prof MKI secara live terus menerus sampai dekat pukul 10pm. Mcm2 aksi prof melakonkan kembali masa dia mengimbas kejadian2 masa kat Mekah! Mengekek2 makcik2 gelak tengok aksi prof yg selamba giler!

anak2 berpeluh2 main dalam kereta. 2-3 kali aku dan cheffarid keluar sekejap g jenguk anak2. Menangis2 pulak dorang kena usik ngan ada satu makcik yg mental kat luar masjid. Tuh yg berpeluh2 sakan sebab bukak tingkap sikit jer! 

sebelum prof nak balik , sempat bawak semua anak2 g jumpa prof.  ChefFarid sibuk nak tangkap gambar tapi tak kesampaian. Masjid dah tutup lampu so gelap sangat. Prof pun kelam kabut dah nak follow penganjur g dinner.

tQ so much Prof MKI untuk luangkan masa 5 minit bersama saya dan anak2 semalam.

dan juga majlis ilmu semalam! Seperti menonton TEATER!! penuh kekusyukan dan keasyikan tengok prof melakonkan byk aksi aksi flashback masa kat mekah!!

aku n cheffarid masih lagi tersenyum!!

5 comments:

Zareda Norman said...

Salam

bertuahnya vimmi dapat dengar ceramah MKI..
ada peluang dan rezeki saya nak pergi juga lain kali..

aNIe said...

Vimmi...seronok bila dpt dengar kisah2 ketika berada di tanah suci Mekah...banyak yang boleh dijadikan ikhtibar...

Ridzwan Bakar said...

Salam,
Tahniah dapat bertemu dan dapat autograf Prof.

xiiinam751 said...

ckLah dpt tengok prof MKI dlm rancangan di Astro Oasis je..dan dh baca buku perjlnn dia ke Tanah Suci tu...

sWeEtdARLinG said...

seronok membaca kat sini.. selamat bertukar link ya!