02 January, 2009

convent bukit nanas kuala lumpur






dah besar anak2 dara aku. rasa nak menangis subuh tadi mendoakan kejayaan anak2. Aku tak minta apa2 balasan. Cuma semoga anak2 aku nanti pandai berdikari dan hidup berbahagia dengan ilmu yg ada didada.

Nurainy 13 Tahun Tingkatan 1 SM Convent Bukit Nanas KL
AIN masuk SM Convent Bukit Nanas KL hari ni. Tingkatan 1. fuhhhhhh!!! besar dah anak aku!! dah 12 tahun rupanya aku ambil si AIN. Semalam adik aku tanya ada tak MAMA si AIN telefon bertanyakan anak dia ni. Aku cakap tak kisahlah tak call atau datang menjenguk. Kalau Ain dah besar nanti . dah kerja , terpulang pada AIN nak amik tau pasal MAMA dia atau tidak. Tapi aku tak pernah nak meracun AIN jgn ingatkan pada MAMA dia.

MYKAD AIN pun dah amik kelmarin 31/12/2008.Penutup tahun 2008 yg menggembirakan aku.Lepas aku aku nak proceed untuk sijil anak angkat pulak.Bukan aku nak merampas terus AIN dari MAMA dia , tapi aku nak agihkan sikit apa yg aku ada kat AIN. AIN pembuka rezeki aku untuk memiliki anak2. Aku mmg niat sedekah dari aku mula bela AIN sampai lah sekarang. 5 tahun aku tak dapat anak dan lepas aku sekolahkan AIN baru aku tak renti2 ngandung 6 kali dengan 3 keguguran dan 3 anak yg hidup.

Alhamdulillah!

Wardina Sophiellea Qistina 7 tahun Darjah Satu SK Convent Bukit Nanas 2

Hari ni Wardina masuk Darjah 1 CBN 2 KL. Dah besar chenta hati aku. Hari ni ada Ujian untuk penempatan kelas. Tak kisahlah anak aku duduk kelas mana2 Darjah 1 ni.
Risau jugak sebab anak sekolah nun tengah2 bandaraya KL. Bawah KL Tower jer. Daddy terpaksa hantar naik motor hari2 sebab x ada bas pegi naik sekolah tuh dari rumah aku. Dulu ada tapi tambang rm120.00 pergi balik. Dah AIN sorang jer yg g sekolah tuh , terus driver bas dah tak nak hantar. AIN naik LRT STAR dari Darjah 3 lagi. Aku mmg tawakal dan doa2 doa2 dan terus berdoa masa AIN turun naik LRT hari2 dulu.

Wardina punya baju sekolah dah nampak sendat walaupun 1st time pakai pagi tadi.
Ain pulak semakin tinggi dan nampak matang masa siapkan adik dia nak g sekolah tadi.

5 comments:

sakurasa 2 said...

SElamat menyambut tahun baru 2009

zany said...

selamat tahun baru kak.
bersemangat budak-budak ni nak ke sekolah. anak saya pun baru pergi beli buku hari ni.

vimmiyasmin said...

sakurasa

tq so much. happy new year jugak!

zany
baru nak beli buku jugak. convent bukit nanas dah start sekolah hari ni 2/1/09.

benludin said...

to nurainy n wardina,
selamat kembali ke arena persekolahan.study hard n smart..:)

Lily.Lulu said...

teringat masa kita sekolah dulu2 ..
tapi kita bukan cbn .. kita bbgs

hehehe
:D