13 January, 2009

Jemputan Umrah Astro Oasis - Anas Affendy





Ahad malam aku byk terima sms dari kawan2 dan saudara mara suruh aku bukak Astro Oasis. Rupanya aku ON AIR lagi. Terus menerus 4 episod kot. Ntah laa. Aku tak tenguk pun sebab dok lepak Seri Kembangan tenguk LIVE si MAWI. He he he . Dari balkoni kondo kawan aku si Lynn. Yerlah sementara ChefFarid terapi minda main snooker , aku pun terapi minda jugak nengok lampu lampu yg ditembak ke langit.

Oh yer pasal Astro Oasis Jemputan Umrah .....
Sambil bersms,ramai yg bertanya pasal ANAS AFFENDY adik lelaki aku tuh. Nak citer panjang sangat, so aku suruh dorang baca N3 aku esok lusa.

ANAS AFFENDY ialah adik aku yg aku hadiahkan Jemputan Umrah last July 2008. Aku menang untuk 2 orang so aku hadiahkan satu lagi buat EMAK. Abah dan Mak dah lama berniat nak hantar Anas g Umrah. Kalau banyak duit nak hantar buat haji terus. Bukan niat untuk dia terus 100% berubah, tapi sekurang2nya ada sedikit perubahan. Terutama pada sikap dia yg kenkadang BARAN tak tentu pasal.

Dan ALHAMDULILLAH aku berSYUKUR pada ALLAH, aku menang esei yg aku hantar pada Astro Oasis dan aku berjaya kabulkan niat arwah abah dan mak. Aku sanggup tak pergi sebab aku nak emak yg bawak Anas pergi mengadap Kaabah. Esei tuh pun aku tulis lepas aku keluar ICU Januari 2008. Thanks to Cipta One Asia!!

Anas actually ketagih pada methadon. Ntah aku pun tak faham apa ke bendanya tuh. Sesapa yg ikut Jemputan Umrah Anas ..mmg dapat tgk betapa berubahnya muka Anas lepas menjejakkan kaki di Tanah Suci Mekah. Mmg lain dan dia syukur pada Allah , dia tak ketagih apa apa selama 14 hari disana.

Balik semula ke Malaysia, Anas dah start jumpa balik semua kawan2 dia mulai September 2008. Kawan2 sekelilig Ipoh yg keluar dari pusat dan penjara. Semua kawan2 dari sekolah dan yg dia kenal di pusat dan lokap masa reman.

Aku dan anak2 pulak , inilah pertama kali berhari raya dengan Anas. Semenjak Anas dah besar inilah aku first time ngan dia. Anas dah hilang sikap baran dia. kalau aku membebel pun masa hari tuh dia senyap jer. Aku suruh dia solat dia ikut jer. Banyak tolong mak buat kerja rumah / mengecat rumah dan masak masa raya.

Pendekkan cerita, last early November 2008 , adik aku Annuar iaitu abang kepada Anas , call polis dan Anas sukarela serah diri pada polis. Anas kena tahanan 2 tahun sebab tak PS ke balai polis Jerantut Pahang setiap minggu. Sebab paling utama ialah dia dok ngan mak kat Ipoh.Dia pun salah sebab tak tukar PS ke Balai Polis Ipoh.

Negatif or Positif urine dia tolak tepi dulu kot. Yg kena tahanan sebab pasal PS tuh la. Mmg lah aku SUKA sangat Anas ke DALAM semula. Tapi ....hati adik beradik siapa yg tahu. SUKA sebab tau mak tak payah SUSAH HATI 24 jam tiap hari fikir mana Anas pergi dan apa Anas buat. SEDIH sebab Anas tak menikmati mcm apa yg kita nikmati sekarang. Duduk terkurung jer 24 jam selama 2 tahun. Anak2 buah semua pun tau..PAK TAM very very the NOTTI!!

Anas mmg kesayangan mak. Mak sayang sangat kat Anas sebab Anas tak seperti anak dia yg lain. Anas tak menikmati mcm apa yg anak anak mak lain dapat. Dari lepas sekolah Anas dah terjebak dengan geng2 sekolah dia buat benda2 bangang. Kesian abah n mak. Anas pun dia tau dia susahkan mak n abah. tapi dai cakap mcm mana dia nak lupa pada DADAH! Sapa yg boleh tolong dia?

Mmg ramai yg cakap , terpulang pada diri sendiri. tapi DADAH dah mmg menguasai ANAS. Pernah dia bergulung dengan sejadah menahan diri nak dadah. Mak sampai baca quran atas kepala dia tiap2 hari lepas subuh masa dia tgh lena tidur tiap tiap hari.

Aku tau ada PENGASIH...tapi manalah aku ngan mak mampu nak bayar sebulan rm1K untuk bayar kos anas kat Pengasih. Aku dah laa tak kerja sekarang. Mak pulak mandikan jenazah seikhlas hati orang nak upah dia. Dah mmg hobi dia mandikan jenazah/marhaban/masak utk surau/ajar org mengaji. Anas pernah sms aku beritau tak payah hantar dia g Pengasih. Dia tak nak lagi terhutang budi bertimbun2 ngan aku. Lagi pun dia sms lagi, banyak dah harta aku yg dia dah curi! Aku halalkan semuanya demi kasih aku pada mak n arwah abah.

So , itulah citer pasal Anas sekarang. Mak pun tak pergi pun lagi melawat Anas.Bila aku tanya , mak diam jer. Ntahhh laaaaaa.

Doa2kanlah yer kengkawan bloggers....

  1. Anas sihat dan dapat menyembah Allah / bertaubat dan dirahmati ALLAH selagi ada hayat dia
  2. Mak sihat dan panjang umur untuk bersama dengan Anas lagi.
  3. Mak dapat kumpul duit hasil dari org sedekah mandikan jenazah untuk dia dan Anas ke Tanah Suci Mekah lagi untuk menunaikan HAJI pulak.

Insyallah! 

12 comments:

Anonymous said...

ad doakan yg terbaik untuk anas. semoga terbuka pintu hati dia ke arah jalan yg lurus.. *aminnnn*

benludin said...

aku juga doakan supaya anas berubah..insyaallah one day dia akan keluar dan memberi sumbangan yg besar kpd keluarga dan emaknya pulak

VimmiYasmin said...

AD & BEN

TQ so much!
ada jugak yg cakap...TEMBAK jer MAT PET camtuh. MENYUSAHKAN orang jer!
sian mak aku tau! sesak nafas aku ngan mak aku bila ada yg sound camtuh!!

Masviona said...

saya doakan moga terbuka pintu hati anas utk berubah...bestnya dia dpt menjejakkan kaki ke tanah suci

zura aini said...

mummy,
saya doakan mak akak dirahmatiNya. Ini ujian hebat untuk mak akak, menuntut kesabaran yang sangat kuat menghadapi ujian ni. Semoga mak akak tenang sentiasa dan moga adik akak insaf dan kuatkan semangat untuk berubah.

Neeza Shahril said...

tak tahu nak cakap apa pada vimmy..
neeza pun ada kisah yang lebih kurang macam tu dalam family tapi tak sanggup nak cerita kat orang..
bila dadah menguasai diri, memang hancur semuanya..
memang mahal PENGASIH tu.. tapi agak berkesan.. kalau banyak duit boleh la kan..
doa lah banyak2 kak.. semoga Allah dengar rintihan hati akak.. Insyaallah..

chekgu Bani Hassim said...

astro mmg suke ulang tayang byk kali kan kak??
dah takde modal dah kut...

org tua2 mane suke bende ulang tayang nih, mak saye slalu komplen kalau tertgk citer ulangtyg...

harapnye Anas dpt berubah kalau tak byk, skit, demi diri dier sendiri gak!

kakpiah said...

salam,
saya tak penah tgk jemputan umrah nih..
tah cemana beberapa hari lepas boleh tertengok plak..
dan episod anas nih la..
sedih sangat masa mak awak cakap suh dia berubah..
dan dia pon nmpk begitu menyesal..
semoga Allah terus memberikan petunjuk dan hidayah kepada anas..
Insyaallah

Zareda Norman said...

salam..

doakan yang baik baik untuk anas. Zar pun ada adik lelaki yang termat manja dgn mak dan akhirnya spoil brat. Jadi zar faham.

ADik beradik.. buruk baik tetap sedarah sedaging.. bak daging tu, busuk hanyir tetap dimamah jugak..

Uncle said...

Dear Vimmy.

Uncle pun rasa teruja bila baca kisah Vimmy. Uncle doakan yang terbaik untuk keluarga Vimmy.

Uncle

VimmiYasmin said...

assalamualaikum ALL

terima kasih sesangat atas doa kengkawan
sedih hati ada juga org bersimpati dengan MAK
dah 10 tahun anas mcm tuh
abah meninggal pun anas tak sempat jumpa

terima kasih ALL

PINATBATE said...

Dear Vimmy
Jangan putus-putus berdoa..Allah sebaik-baik tempat meminta..semuga Ibu V terus tabah dan Anas sentiasa dilindungi Allah.