15 January, 2009

kawan



Assalamualaikum kwn kwn

Diam tak diam dah nak dekat 2 tahun aku menjadi surirumah sepenuh masa. Anak yg kecik pun dah nak pandai bercakap. Sepanjang masa aku tak bekerja ni , aku mmg dah kurang bersosial. Sosial aku hanyalah didepan PC ni jer. Dulu lepas PC aku hilang, aku stop berblogging lama jugak.

Dedulu masa kerja , kawan punyalah ramai. Ramai giler! Yerlah aku jaga outlet kat One Utama. So semua jiran jiran kedai sekeliling semua jadi kawan aku. Customer aku lagi! Sampai dah tak tau apa nak sembang sebab hari2 jumpa lepak makan kat foodcourt.

Sejak dok rumah ni....

kawan baik aku ..ANAK ANAK aku! Dan memalam cheffarid jadi tempat aku mencurah perasaan. Walaupun mata dia terpejam sekalipun , aku terus bercakap demi nak mencurahkan hati dan perasaan aku.

kawan yg selalu amik tau pasal aku pulak dah tak ramai mcm dulu. Yg tinggal adalah 5-6 orang. Keluar lepak sebulan sekali pun dah susah. Yerlah ..anak2 kecik aku tak ada orang nak jaga. Setakat hello hello atau sms itu jerlah yg aku mampu. Semua sibuk dgn kehidupan sendiri. Yg baking pun byk kerja , yg shooting filem memanjang lagi laa tak ada masa. Yg KAYA RAYA asyik FLY jer sana sini. Last2 tinggallah aku terkontang kanting dok rumah mengadap PC ni mencurah perasaan.

ada jugak kawan baik aku 18 tahun dulu yg baru aku dapat jumpa balik. Mmg kawan baik masa aku dok asrama sek menengah. Baru berjumpa dan aku mmg rasa amat2 teruja dan aku sampai buat solat syukur dapat jumpa dia balik. Tapi..lahaii....sejak aku sakit ni, hati aku NIPIS senipis kulit bawang putih. Kata katanya yg TAJAM bak jarum insulin aku tuh tak mampu aku TAHAN. Dan aku terus mendiamkan diri aku demi tidak mahu terluka dan terus terluka.

Dan aku ceritakan pada cheffarid..

BETAPA AKU BERSYUKUR YG AMAT SANGAT....AKU PUNYA KAWAN KAWAN BLOGGERS WALAUPUN TAK PERNAH JUMPA ...TAPI SEMUA TERAMAT BAIK DAN BYK MEMBANTU MENAIKKAN SEMANGAT AKU!

Terima Kasih pada semua kawan2 yg selalu menjenguk aku disini! Semoga persahabatan kita berpanjangan hingga ke nafas2 terakhir aku!

7 comments:

Uncle said...

Dear Vimmy.
Uncle suka cartoon tu. Sungguh menarik caption dia. Uncle pun masih berhubung dengan kawan-kawan melalui Facebook dan e-mail. For your blogger friend, in fact my former classmate in 95 kat sinun dulu will be flying to KL from Jakarta tomorrow morning for one night to see me. Wah...best kan...don't worry...we will always be there for you...

Uncle

^ez^ said...

salam..
mmg payah nak cari kawan masa susah ni.amat payah..kdg2 kwn yg kita sangka baik pun boleh berubah..

take care ye..

RR said...

Sis Vimmy,

Sahabat susah senang mmg payah nak jumpa. Almaklum masing2 sibuk dgn kehidupan masing2.
Semoga terus kuat mengharungi hidup. Salam perkenalan.
InsyaAllah kita akan terus saling berhubung di "sini". :)

aNIe said...

Vimmi...sakit itu datang dari ALLAH...dan ALLAH menduga mereka yang mampu menerimanya dengan reda...insyaallah vimmi akan mendapat ganjaran dri apa yang diduga...semoga vimmi lebih tabah...

Kawan2 akak disekolah dulu...semua sudah ntah kemana...tak dpt nak cari lagi...bersyukur jika persahabatan yang lama terjalin masih kukuh hingga sekarang...

Semoga silaturahim yang dijalin akan terus terjalin...walaupun dialam cyber

Zareda Norman said...

vimmi

zar pun memang sayangkan kawan kawan tapi kesibukan dengan keluarga jarang dapat jumpa selalu. Nasib baik ada sms dan emel kan..

dalam berkawan pun, zar banyak berhati hati.. takut melukakan ahti kawan atau takut diri sendiri terluka..

Mulan said...

betol tu vimmy, dah jd housewife ni, kenkawan ramai semuanya dari alam maya ni.. log in je, terus muncul kat screen.. ym dll.. toksah la layan yg nyakitkan hati tu.

Anonymous said...

salam kenal....

biasanya kawan² sekolah atau kawan kolej laah yang akan jadi kawan sepanjang zaman kita..

dan sejak i jadi blogger ni, tiba2 banyak plak kawan² blogger yang lebih mesra walaupun tak pernah jumpa sebab hari² kita maupun dia sendiri baca cerita masing²... hebat kaaaan?