17 April, 2009

kuiz FaceBook ~ Sejauh mana pengetahuan anda tentang loghat Pahang?



Sejauh mana pengetahuan anda tentang loghat Pahang?

Sejauh mana pengetahuan anda tentang loghat Pahang?
Mostly when I said that I rarely use the Pahangite dialect at home, people would react, "Pahang ada dialek ke?" How sad. Another thing, when ask to name all East Coast states of Malaysia, most Malaysians would only reply Kelantan and Terengganu, and leave Pahang out. What the? So, this quiz is to put Pahang on the map as she should be. Moh le...


1. Loghat di daerah-daerah dalam negeri Pahang dipengaruhi oleh...
arus sungai Pahang yang deras du hulu dan tenang di hilir.
sosio-ekonomik penduduk dan kemahiran berbahasa Melayu baku.
topologi penduduk yang terdiri daripada orang Melayu, Cina atau india.
loghat negeri-negeri bersempadan seperti Kelantan, Terengganu, Perak, Negeri Sembilan, Selangor dan Johor.


2. Perkataan "habat" bermaksud
Hebat.
Busuk.
Teruk.
Maaf, perkataan ini tidak wujud dalam Bahasa Melayu.


3. Perkataan "bedo'oh" bermaksud
Mengada-ngada
Maaf, perkataan ini tidak wujud dalam Bahasa Melayu.
Bidaah
Tipu


4. Perkataan "copir" bermaksud
bentuk leper
sejenis cawan
kedudukan yang di hujung dan hampir jatuh.
Maaf, perkataan ini tidak wujud dalam Bahasa Melayu.


5. Kata ganti kedua bagi kebanyakan daerah Pahang ialah
Awak
Demo
Mu
Aok


6. Kata ganti pertama bagi daerah Kuala Lipis dan berdekatan ialah
Aku
Keh
Koi
Kawe


7. Kata ganti pertama bagi daerah Temerluh dan berdekatan ialah
Kawan
Kawe
Koi
Aku


8. Kata ganti pertama bagi daerah Pekan dan berdekatan ialah
Teman
Kawan
Aku
Kawe

9. "Kawan nak ngantor motor ni bela" bermaksud

"Kawan, tolong saya ternak haiwan belaan atas motor ni"
"Saya nak menggunakan motor ni membuat kerja-kerja menternak"
"Kawan saya menaiki motor ni hantar haiwan ternakan"
"Saya nak menghantar motor ni untuk dibaiki"


10. "Kekya" boleh diterjemahkan sebagai
Maaf, perkataan ini tidak wujud dalam Bahasa Melayu.
Pada hal
Kuih kepunyannya
Walau bagaimanapun


11. "Meng aok lapor, aok kelakor lah sendiri. Kat dalam peti ande kueh talam" bermaksud
Memang awak lapar. Awak ni kelakar sendiri-sendiri. Dalam peti anda akan jumpa kuih talam.
Kalau awak lapar, awak masaklah sendiri. Dalam peti Ande, ada kuid talam.
Mengarut jer laporan ni. Nak buat kelakar pun, buat lah sendiri-sendiri. Dalam peti Andem, anda akan jumpa kuih dan talam.
Kalau awak lapar, awak carilah makanan sendiri. Dalam peti, ada kuih talam.


12. "Rumah itu sangat besar." Adverb (sangat) untuk menguatkan sesuatu Adjektif (besar) dalam loghat Pahang ialah..
Rumah itu GILE besar!
Rumah itu besar NAK MAMPUS!
Rumah itu besar TAK INGAT!
Rumah itu BAPOK besar!


13. "Loghat" dalam loghat Pahang bermaksud
Bahasa
Payah
Dialek
Malas

1 comment:

manlaksam said...

Keh selalu ziarah blog aok, tapi tak pernah tinggal kan komen. Kali ni keh rasa nak tinggalkan jejak...
keh bukan lah loghat!