16 April, 2009

semalam semalam aku bermimpi

Mimpi 1

2 ekor anjing putih masuk dalam rumah WAN PAHANG.
Macam tercari cari seseorang.
Aku bagai nak giler lari ke tepi dinding takutkan kat anjing putih tuh
Dah lah putih melepak n gebus..besar plak tuh.
Pastuh anjing tuh terus keluar camtuh je.

Aku bangun tido berpeluh peluh giler wehh


Mimpi 2


Pokok bunga dlam pasu kecik depan pintu rumah aki ni hilang.
Aku bangun pagi tengok pokok tuh hilang.

Lepas subuh aku bukak pintu rumah , pasu aku tuh masih disitu.


Mimpi 3

Aku mimpi arwah abah bawak aku naik moto.
Selow jer ..layannnn turun bukit.
Arwah abah diam jer.
Aku banyak cakap dengan arwah abah...tapi arwah abah tetap diam jer.

14/4 aku bangun tido 5.45am , termenung tepi tingkap tengok langit.
Al Fatihah untuk arwah abah.




aku tido insyallah sampai kesaat ni , masih lagi berbekalkan 4Qul + Ayatul Qursi. Kalo sempat aku berzikir apa yg terlintas. Doa tidur jarang aku terlupa.
Insyallah sampai sekarang tak pernah lagi kena attack mimpi2 yg menakutkan.

aku selalu juga termimpi mimpi naik flight nak ke Mekah.
ada sekali mimpi berdiri atas masjid apa ntah kat mekah, yg mengadap kaabah tuh.
rasanya ada 4-5 kali aku mimpi pasal mekah.

camner aku nak buat?
nak g umrah ....anak anak aku tdor kiri kanan dengan aku.
cheffarid tak boleh plak cuti 15 hari tanpa henti.
Mak plak ada si Anas kat rumah.

bermacam alasan
.........sempat ke tak aku yg teringin sangat nak ke Mekah ni?
Doakan aku ....
UncleShahrir ....doakan saya dari tingkap opis uncle!!!

9 comments:

AZANI said...

Vy;
semoga niat baik anda Tuhan makbulkan.Semoga Tuhan lapangkan jalan anda untuk ke sana.Amin.

Ajzie said...

Insyallah min.. Akan tiba masa nya nanti.

benludin said...

-keh selalu juga bermimpi yg no. 3 tu..sedih beb

-best nye pi umrah

Ghazali B Abd Aziz said...

Vimmiyasmin;

Insya Allah, ada rezeki, pasti saudari menjejakkan kaki di Al Haram nih ...

Pohon kepada Allah agar kita menjadi tetamu nya dan dipermudahkan Allah akan urusan kita untuk ke sana ....

Neeza Shahril said...

Banyakkan berdoa kepadaNya vimmy...
mohon diberi petunjuk di atas segala mimpi..
juga, mohon supaya vimmy dipermudahkan didalam setiap urusan..

niat dah ada tapi belum berkemampuan..
Insyaallah, dipermudahkan Allah.. Ameen...

Zareda Norman said...

Vimmy

InsyaAllah, kalau dah ada niat nak ke Mekah.. Allah akan permudahkan.. doa dan doa...

© Opah De said...

Salam Vy,
Pasal mimpi yang pertama tu opah tak tahu ler jawapannya. Tapi yang arwah abah Vy tu, opah rasa memang dia sebab kalau bercakap selalunya iblis.
Pasal ke Mekah tu, dah sampai seru la tu. Tapi belum sampai masanya. Jadi, bila dah sampai masanya, insya-ALLAH Vy akan sampai ke sana. Tengoklah nanti. Semuanya akan dipermudahkan. Mungkin kita pergi bersama. Opah pun dah rancang nak pergi.

aNIe said...

Insyaallah...akak akan doakan semoga niat vimmy akan tercapai untuk ke Mekah...

Uncle said...

Dear Vy.
Uncle selalu doakan agar Vy dan keluarga dapat datang sini buat umrah kalau tak pun haji. InsyAllah tak lama lagi sampailah tu....hari ni pun masjid penuh!

Uncle