08 April, 2009

KuJuH rebah

semalam aku g hospital ampang puteri yg tak sampai 10 minit dari rumah. Ingatkan g malam taklah sesak. Rerupanya penuh parking walaupun dah pukul 9pm.

kawan yg aku rasa paling termaju dan paling tergenius antara semua kengkawan chat" Alamak" aku....nickname TengKuJuh.

rebah seketika..

walaupun kawan chat 1996-1999, dah lama tuh tau. Tapi hubungan persahabatan tak pernah putus. dari bujang sampai dah ada anak berderet , aku dan TengKUJUH tetap ingat mengingati.

Dia hensem dan mmg tersangat maju. Otak dia mmg disayangi semua boss boss besar dia. Bukan kecik kecik anak setiap kompeni yg dia kerja. Kat mana ada Tan Sri , kat situ ada KuJuH.
Mmg diakui , KuJuH disayangi Tan Sri or Dato' mana mana kompeni yg dia uruskan.

Dari Pusrawi ke Tawakkal ke Ampang Puteri. Dalam masa 2 minggu. Anak bini berkorban tidor dilantai wad. Nasib baik keja kompeni yg mmg power kat Malaysia ni. So dapatlah dok hospital swasta. Dapatlah dok bilik VIP.

Nak menitis airmata aku semalam. kawan aku yg dulu mmg yg paling dihormati sebab dia berkaliber , kini terbaring lemah. Dilantai wad , aku tengok abah dia terbaring jugak menemani anak. Anak dan isteri di tikar tepi katil. Mak di sebelah KuJuH.

Bunga bunga dalam bakul besar besar penuh dalam bilik tuh. Semua bebungkus dengan buah yg tak dibuka lagi. Al maklum...KuJuH officer besar kat kompeni dia. Dia baik ..lembut ...hensem ...dan tersangat workoholic. Tak pernah MC!!

Aku lihat cukuran dikepala. Aku tenguk parut yg masih basah berbentuk U dikepala. Aku sebak.
KuJuH dah kena attack beberapa bulan lepas. Sakit kepala yg amat teruk. Buat MRI scan dengan segera.
So sekarang dah selamat operate buang CYST dalam kepala. OTAK ke ? Aku tak berani nak tanya banyak.

Sembang sembang ngan mak dan isteri KuJuH.....
Sambil berubat hospital , sambil berubat dengan ayat ayat al quran. Ada ustaz membantu, bagi KuJuH sikit kekuatan.

Ada citer exposi mistik yg terkeluar. ....

Mungkin laaaaa......

Ada kawan opis yg dengki teramat amat. Hantar para JIN dok lepak kat OTAK..kat PERUT..kat HATI....
Ramai sungguh...
Dah disuruh pergi ..tak mahu!!!

Kebetulan pulak last week , KuJuH pergi site visit to Hutan Belum. So lagilah ramai yg masuk sampailah KuJuH terpaksa terus buat operation dgn segera sebab dia semakin teruk dengan histeria dan sakit kepala!

Aku terkedu ....
Aku faham apa kedudukan KuJuH. Dia sentiasa disamping Tan Sri. Dia jujur.
Dan dia tak sedar ..ada yg IRI !!!!!!

Dalam aku mengeluh, sakit , kecik hati , penat , boring dan macam mcam lagi mengada aku ..ada lagi insan lain yg lebih teruk dari aku sebenar benarnya!

Subuh ini aku berdoa .....
Ya Allah ....sembuhkanlah sakit semua kawan kawanku di mukabumi ini. Panjangkanlah umur mereka hingga ke anak cucucicit.
Ya Allah ..aku benar benar bermohon dariMU Ya ALLAH....
Sesungguhnya hanya engkau yg aku sembah dan hanya pada mu tempat aku meminta pertolongan.

Amin

**KuJuH
- Head Of Division kat MK!
-Age 30 ++

9 comments:

aza ni said...

Semoga rakan mu sembuh dan terus berbakti.Semoga anda juga kembali pulih dan sehat.Semoga kami juga pulih dari penyakit yang dialami.Amiiiiin.

kucingorengemok said...

orang² yg dengki tu pun elok diajak "berubat hati" dgn ustad. semoga semuanya ok.

Neeza Shahril said...

semoga dia segera sembuh..
kesian dengan orang macam ni kan... dia jujur dan lurus
tapi orang lain yang banyak setan dikepala tak suka..
semoga Allah tenangkan dan sabarkan didalam menghadapi dugaan ini...
sama-sama kita berdoa ya vimmy..


pssttt.. MK tu apa? kalau kat sini malaysian kitchen hehee..

MK h0ldings ke??

Zareda Norman said...

Aminnn..

MOLY said...

takutnya tetiba jadi mcm ni kan
semoga kawan akak tu sembuh dan sihat cepat seperti sediakala

Insya-Allah

sama-sama kita doakan :)

cendawanintim said...

doa saya juga mengiringi tuk Kujuh, moga diberi kekuatan oleh Allah Taala menempuh dugaan yang berat ini..amin.

DatinDiaries said...

semoga kawan awk cepat sembuh.....

itu dah adat dunia.....tak boleh tgk senang dan bahagia ..mesti ada yg dengki.....apa2 pun semoga dia cepat sihat....dan di jauhkan dr perkara2 yg tak elok berlaku...

Unknown said...

Salam Vy...
Opah doakan agar Kujuh kembali pulih seperti sediakala. Kalau betul dia kena buatan orang, berdoa aje kat ALLAH untuk memberi petunjuk. Orang yang zalim membuat orang ni tak akan terlepas dari azab. Tengoklah nanti. Sebabnya dia ingat dia berkuasa nak membuat orang tapi dia lupa ALLAH lebih berkuasa untuk membalasnya. Opah doa dari jauh.

Anonymous said...

amin ~
marah betol sy bace entry yg ini !!
bkn ape kenapa la manusia x leh tgok org senang sket ?? ada je dengki mendengki ..
semoga Allah memberi petunjuk & hidayah kpd 'org' tersebut !!