14 April, 2009

lebih kuah dari sudu


cheffarid ialah seorang chef bergaji kecik disebuah hotel yg tak laa kecik sangat tapi tak lah besar cam Hilton tuh.

dulu cheffarid keja kat KL Hilton(SultanIsmail) & Mandarin Oriental KL (KLCC). Pastuh teringin nak keja kat Mekah , renti keja kat MOKL lepas 8 tahun dok situ. Skrg balik dr Mekah kejalah kat Putra KL sampai skrg.

dedulu cheffarid keja jadi kuli je. Tp oklah sebab keja hotel 6*. Gaji pun mmglah masyuk. Sejak menjak keja PutraKL ni, so so jerlah. Cukuplah makan pakai ala kadar.

sejak jadik chef ni , mmg keja berlambak n tak renti renti. masuk awal balik lambat. tak der OT. kena cuti sabtu or ahad sahaja. mmg susahlah jugak kalo nak g memana during weekdays.

pastuh cheffarid ada staff kitchen dekat 20 org. ErkKkK..perangai pun ada 20 macam ler.

aku cuma sekarang mampu tersenyum. dan senyum. dan senyum lagi.

nak tau naper ? ha ha ha ha ha !

dedulu staff staff yg bujang selalu dok ngata ngutuk cheffarid sebab selalu terpaksa cuti hari sukan anak, anak demam, anak g sedut gas , arwah mama sakit, arwah abah sakit. Bini sakit, bini tetiba ngandong , bini pengsan kat tempat keja...

taklah maksud yg cheffarid MELAMPAU LAMPAU. ada lah sekali sekala dalam masa 2-3bulan.
cheffarid dari start keja PutraKL tak pernah amik MC. kelass kan!
annual leave selalu carry forward. (jarang balik kg) hehehe!

yg buat aku tersenyum ialah......

sekarang yg bujang bujang tuh dah BERKAHWIN. ada ler dalam sebulan ni ..sekali 3 staff lelaki kahwin.
mula mula sms yg cheffarid dapat....

- Chef ....saya kena amik cuti Sabtu Ahad sebab bini saya ajak pegi rumah sedara mara.
-Chef....isteri saya muntah muntah sampai pengsan kat sinki. Saya kena jaga isteri saya sebab alah teruk.
-Chef....mak mertua marah marah sebab saya cuti hari biasa, dia suruh saya amik cuti hari ahad jer.
-Chef ...pak mentua nak buat kenduri, so saya kena amik cuti advance 3 hari.


hahhahahahhahahahahhahha!!

sekarang baru tau. dulu sedap tekak jer mengata laki aku yg keja siang malam tak bersungut apa pun. itu belum lagi bini ngandong , bini beranak , bini masuk spital , anak demam , anak nak g cucuk , mak mertua sakit tenat . nenek mertua mati ! cuti awak tuh dah laa tak seberapa. ada yg keja tak sampai setahun lagik!

mentang mentang laaa..cheffarid lembutttttt, boleh pijak pijak , tak cakap banyak , pendiam pendam dalam hati , sesuka hati je nak lekuk lagi kepala laki aku!

pastuh tak sedar diri plak tuh. nak manjang cuti sabtu ahad. Ingat pangkat tinggi ke kat kitchen. aku bukan bangga sebab laki aku mmg kena cuti ahad, tapi mmg tak boleh cheffarid cuti hari lain.

awak tuh sapa nak cuti sabtu ahad. Sekali sekali takper, ini dah lah awak tuh 3rd Cook @ Kitchen Helper , lebih mee dari mangkok plak.

cheffarid aku , lagi suker cuti hari anak2 sekolah. Kalo Jumaat , senang nak g solat Jumaat. Kalo hari sekolah , bleh g sekolah anak masa rehat , melantak sakan kat kantin sekolah.

wahai cook cook Putra KL .......sekarang terimalahhhhhhhhhhhh...KARMA

wehh......jahatnya aku ...kekekekekkekekeke!!!

4 comments:

Tijah said...

karma...hahaha. aku suka pekataan tu kak. what goes around comes around kan?

Mr Fariz said...

zzz.. a'ah kan.. abg teman ni dolu² asyik kena marah je asai nk mintak cuti.. la ni staff plak jadi mcm tuh.. kuang kuang kuang...

Neeza Shahril said...

what we give, we get back..
tak kira lah baik ke buruk..
mengata orang, dapat la balik heheh..

© Opah De said...

Hah, baru tahu... he he he. Kali ni, staff dia tak dapat nak tutup muka la sebab Vy dah tunjuk siap muka Cheffarid... ha ha ha... tak leh lari, tambah yang tiga orang yang dah kahwin tu.