15 April, 2009

giler kuiz kat FaceBook ~ KL sangat ke kau tu?

KL sangat ke kau tu?

skrang ni ramai ngaku diri dia org kl walaupon asal dari dalam pedalaman mana ntah. janji duduk kl 3~4 bulan dah boleh ngaku diri org kl...kuiz nih tgk betul ke ko anak jati orang KL



  1. 1.Namakan Cinapek Yang Buka ini Kuala Lumpur...(google je tak dapat jawap aku tak taula)
  2. 2.KL pernah menang 3 kali Piala Malaysia. tu kalau korang nak tau la. ok soalan dia, apa nama hospital yang berada dia hadapan stadium bolasepak kuala lumpur?
  3. 3.Bila Hari Wilayah disambut? dan sambut dekat mana?
  4. 4.BBGS adalah sekolah tertua kat KL. Akan tetapi ianya telah pindah ke tempat lain. soalan dia, apakah nama shopping complex yang ambil tapak sekolah itu.
  5. 5.citer pasal KL kalo takde pasal nightlife tak guna jugak kan. kat bangsar dulu ada 2 modesto's terkenal...satu nama dia modesto's bangsar dan satu lagi apa? (klue:skrg dah tutup jadi showroom kereta)
  6. 6.Nasi Lemak Antarabangsa terletak di kawasan?
  7. 7.Salah satu ni bukan Plaza Tol utama keluar dari KL utk menghala ke utara selatan dan pantai timur malaysia...apa dia?
  8. 8.Nama menteri wilayah persekutuan yang juga ahli parlimen setiawangsa
  9. 9.NZ Curry House wangsa maju ni memang port lepak. tapi sedarkah anda yg kedai mamak ni bukan kedai 24 jam seperti kedai sedara mara mamak mereka. berapa jam je dia bukak untuk beroperasi?
  10. 10.Port skodeng dan berdating (maksiat ringan ringan) untuk warga kota ini sangat terkenal. kalau anda salah seorang dari mereka ini. kat mana letaknya port itu?
  11. 11.Okey. confirm ni last. dah tanak tanya dah. apa yang korang suka tentang KL ni sebenarnya?
  12. 12.jap jap ni last. sumpahhhh...korang duduk kat KL kawasan mana?

6 comments:

Zareda Norman said...

Gila menjawab kuiz kat FB.. hahahaha

ubilepih said...

ayokkk ahhh..terkanceh keh weh!!!!!!

en_me said...

me dok ampang, keje kl, volleee ghitewww..

benludin said...

keh org KL juga...tapi KL ulu laa..ulu terih

AZANI said...

Vy,
Mak oii, saya yang lahir di Hospital Besar Kuala Lumpur pun tak boleh jawab semua soalan.Almaklum dah berapa abad tinggalkan KL.

© Opah De said...

1.Namakan Cinapek Yang Buka ini Kuala Lumpur...(google je tak dapat jawap aku tak taula)
Yap Ah Loy

2.KL pernah menang 3 kali Piala Malaysia. tu kalau korang nak tau la. ok soalan dia, apa nama hospital yang berada dia hadapan stadium bolasepak kuala lumpur?
He he he...
Hospital Besar Kuala Lumpur... kot. Teman bukan orang KL, ye. Teman orang Perak.


3.Bila Hari Wilayah disambut? dan sambut dekat mana?
1 Februari/ Dataran Merdeka

4.BBGS adalah sekolah tertua kat KL. Akan tetapi ianya telah pindah ke tempat lain. soalan dia, apakah nama shopping complex yang ambil tapak sekolah itu.
BBGS is Bukit Bintang Girls School jadi, jawapan yang make sense ialah: StarHill

5.citer pasal KL kalo takde pasal nightlife tak guna jugak kan. kat bangsar dulu ada 2 modesto's terkenal...satu nama dia modesto's bangsar dan satu lagi apa?
Apa benda alah modesto tu?

6.Nasi Lemak Antarabangsa terletak di kawasan?
Pantai Dalam rasanya.

7.Salah satu ni bukan Plaza Tol utama keluar dari KL utk menghala ke utara selatan dan pantai timur malaysia...apa dia?
Plaza Tol NKVE kan?

8.Nama menteri wilayah persekutuan yang juga ahli parlimen setiawangsa
Datuk Zulhasnan Rafique kan?


9.NZ Curry House wangsa maju ni memang port lepak. tapi sedarkah anda yg kedai mamak ni bukan kedai 24 jam seperti kedai sedara mara mamak mereka. berapa jam je dia bukak untuk beroperasi?
tak tau la.

10.Port skodeng dan berdating (maksiat ringan ringan) untuk warga kota ini sangat terkenal. kalau anda salah seorang dari mereka ini. kat mana letaknya port itu?
Jalan Tengku Abdul Rahman?

11.Okey. confirm ni last. dah tanak tanya dah. apa yang korang suka tentang KL ni sebenarnya?
Tak suka sebenarnya. maksiat sana sini buat tambah dosa je. tapi nak buat camne

12.jap jap ni last. sumpahhhh...korang duduk kat KL kawasan mana?
Bukan orang KL pon. saje gedik2 sini.