17 April, 2009

Nabil Raja Lawak KEMALANGAN

(TERBARU)Nabil Eksiden, Tiada Kecederaan

nabil eksiden

Baru sahaja bergelar Bintang Paling Popular Berita Harian 2008, Nabil Raja Lawak terlibat pulak dengan satu kemalangan di Bukit Jelutong. Khabarnya teruk jugak kenderaan yang dipandu, tapi bersyukur Nabil tidak mengalami sebarang kecederaan serius.

Berita selanjutnya akan diberitahu kelak. Harap Nabil tabah menghadapi dugaan daripadaNya. Mungkin itu satu petanda suruh Nabil berehat sekejap. Terlalu banyak bekerja sampai kepenatan kot.


Dari Utusan Malaysia

KUALA LUMPUR 15 April - Juara Raja Lawak musim kedua, Ahmad Nabil Ahmad atau Nabil nyaris maut apabila motosikal yang ditunggangnya terbabas di Bukit Jelutong, Shah Alam petang semalam.

Nabil, 26, yang baru memenangi Bintang Paling Popular dalam Anugerah Bintang Popular 2008 Ahad lalu, tercampak daripada motosikalnya dan terkena penghadang jalan bagaimanapun hanya cedera ringan pada bahagian siku dan kaki.

Dalam kejadian pada pukul 3 petang itu, Nabil juga bernasib baik kerana tidak dilanggar oleh sebuah lori yang kebetulan berada berhampiran tempat kejadian sebaik sahaja dia melepasi Plaza Tol Bukit Jelutong.

“Ketika itu saya sedang menuju ke Studio ntv7 di Glenmarie untuk menjalani rakaman program Harta Mania yang bakal ditayangkan di TV9 pada 1 Jun ini.

“Selekoh selepas plaza tol tersebut licin dan berminyak sehingga membuatkan saya tidak dapat mengawal motosikal lalu terbabas.

“Saya kemudian menghubungi Irma Hasmie yang terus membawa saya ke Hospital Darul Ehsan untuk mendapatkan rawatan,” katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.

Menurut Nabil, doktor mengesahkan dia tidak mengalami sebarang kecederaan parah selepas menjalani pemeriksaan sinar-X.

”Saya dibenarkan keluar dan kini berehat di rumah. Ini merupakan kemalangan kedua saya tahun ini.

”Tiga minggu lalu, kereta yang saya pandu terlibat dalam kemalangan di Kerinchi Link,” katanya.

Ditanya mengenai rakaman Harta Mania, Nabil berkata, dia sepatutnya menghabiskan baki rakaman terakhir iaitu tujuh episod program itu semalam dan hari ini.

“Tetapi terpaksa ditangguhkan dahulu sehingga saya benar-benar sihat,” jelasnya.


6 comments:

Hjh Noralenna Abbas said...

Malang tak berbau. Ada hikmahnya. Lu fikirlah sendiri!!!

Mak Su said...

waduh, nabil kena hati2 di jalanraya

Anonymous said...

mgkin ke kmalngan tu d sbb kn ape yg nabil buat time ABP??

pB said...

saper yg dia peluk tu??

Neeza Shahril said...

dugaan untuk dia tu..
semoga dia cepat sembuh..

aNIe said...

Vimmy...si Ude peminat setia Nabil...tapi tulah...masa malam anugerah tu...rasanya dia terpeluk Isma...tanpa perasan yang kamera pada dia...baik tak jadi topik utama kan?