19 April, 2009

Pondan kaki pukul ubah penampilan



Oleh SYED AHMAD ZULKARNAIN SYED ALI

KUALA LUMPUR - Menyedari dirinya diburu polis, seorang pondan yang sering memukul wanita di Jalan Raja Chulan di sini kini menukar penampilannya.

Siasatan Kosmo! Ahad semalam mendapati pondan tersebut tidak lagi memakai pakaian seksi sebaliknya hanya mengenakan baju T berwarna putih, berseluar pendek dan berselipar ketika merayau-rayau.

Penampilan terbaru pondan tersebut jelas menunjukkan badannya yang tegap dan sasa berbeza dengan penampilan seksinya sebelum ini.

Bagaimanapun, penampilan pondan itu tetap memperlihatkan bentuk payu dara yang masih jelas kelihatan.

Dia yang dipercayai mengalami masalah mental juga dilihat menyelongkar beberapa tong sampah untuk mencari sisa makanan.

Wartawan Kosmo! Ahad yang mengekori pondan tersebut selama satu jam juga mendapati dia tidak menghiraukan orang ramai yang lalu-lalang.

Pondan itu turut mengejutkan wartawan Kosmo! Ahad yang mengekorinya apabila dia kemudian dengan mudah memanjat sebuah bangunan usang satu tingkat sebelum menghilangkan diri.

Kosmo! semalam mendedahkan mengenai pondan tersebut yang bertindak ganas dengan menyerang beberapa wanita yang bekerja di sekitar Jalan Raja Chulan.

Pondan yang berpakaian seksi setiap hari itu akan muncul secara tiba-tiba dan terus menumbuk mangsa wanita tanpa berkata-kata.

5 comments:

zino said...

kenapa lah tak hantar je dia kat mana mana pulau ...

benludin said...

kome pun takut kena belasah dgn pondan tu..hahaha

Shifu67 said...

kalau kena belasah dgn 'awek' tu... sah sial 44 hari.... kena mandi bunga la hehehe

Anonymous said...

entah la kesian bila makhluk ALLAH swt jadi sebegitu. Dijauhkanlah kami smua dari hilang akal sebegitu.

kucingorengemok said...

laa, saya sllu jumpa pondan ni kat area tmpt keje... dia pernah pakai t-shirt putih basah tanpa bra, hehe. tak tau nak takut ke nak kesian.