10 June, 2009

Anas - tolong tolong tolong laaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaah

Dear Anas

kamu masih berdegil
masih bawak geng geng kamu balik rumah mak
masih lagi melepak dalam bilik kunci pintu

tak simpatikah kamu pada mak
tak ada sekelumitkah rasa simpati perasaan kamu pada mak

u are so degil dear

tiap kali kamu keluar masuk pusat
akak n mak tak pernah lupa visit kamu
tak pernah datang lenggang kangkong
beli macam macam
berhabis beratus ratus setiap kali melawat kamu

tak ingat kamu pada arwah abah
melawat kamu tiap minggu kat PERSADA SG BESI
bawak segala macam makanan or barangan yg kamu order
sejauh mana PUSAT yg kamu pegi
semua adik beradik tak pernah lupa
melawat kamu walau poket kami pun kering
demi kasih sayang kami pada kamu


tak ingatkah kamu 2007
akak hadiahkan kamu pegi Jemputan Umrah Astro
opsss....akak bukan mengungkit nak minta balasan
akak nak kamu ingat segala keistimewaan yg kamu kecapi
akak buang segala perasaan malu pada satu malaysia
masuk TV bukan untuk glamer
tapi untuk kamu Anas


tak ingat lagi ??
mak belikan kamu motor
duit abah untuk bahagian kamu
mana motor tuh Anas ?

last month
kamu dapat keistimewaan temankan mak masuk istana
kami dapat tengok gambar je n dengar cerita dari mak
tak rasa istimewa ke ?
tak rasa ke yg mak sayangkan kamu?

sekarang mak bagi kamu duit tiap tiap hari
tak syok ke
tak gumbira ke
hidup senang lenang
mak kerja tonggang langgang mandi n kapankan jenazah orang

ANAS
tolonglah
akak tau kamu baca blog akak setiap hari
kalo mak tak ada nanti
akak akan bela kamu
bersihkan jiwa kamu perlahan lahan
akak sabar dan akan terus bersabar
akak ingat pesan abah
bela kamu selagi kamu hidup

tetapi buat sementara waktu ini
tolonglah

kasihanilah kat MAK ......
kalo kamu rasa kamu tak nak menyerah kat ADDK
akak rasa kamu tak patut lepak ramai ramai kat rumah mak
pleaselah

YA ALLAH YA RABBI YA RAHMAN YA RAHIM
help my mother
help my brother

9 comments:

Uncle said...

Dear Vy.
Uncle terharu dan berbangga dengan sikap Vy yang sentiasa penuh kasih-sayang pada adik kandungnya. Tak semua mempunyai hati sesuci Vy. Semoga Allah membalasnya. Uncle sendiripun tak tentu lagi dapat menjaga adik-beradik Uncle semacamana Vy lakukan sekarang. Uncle doakan yang terbaik buat Vy sekeluarga!

♥cybermummy♥ said...

sabar ye vy ..
Kagum dengan vy sbb vy masih ada perasaan syg pada anas walaupun dah banyak kali susah kan vy dan mak ..
Kalau saya mungkin dah rebah dalam kecewa.. saya doa kan semoga anas berubah ..amin =)

aNIe said...

Vy...membaca keluhan Vy...takde kata2 yang dpt akak luahkan...berat mata memandang...berat lagi bahu yang memikul...apa yang dpt akak berikan hanyalah kata2 semangat agar vy bertambah tabah dan sabar...

Buat anas...doa akak agar dia akan sedar kesilapan yang dilakukan dan ada inisiatif untuk berubah ke arah kebaikan selama...Ameen

Zareda Norman said...

betullah tu.. dah namanya adik.. buruk baik tetap sedarah sedaging. Air dicincang takkan putus..

doalah dan mohon dilembut hati Anas untuk berubah ke arah yg lebih baik. Zar pun ada adik bongsu lelaki yang banyak ragam.. kita sebagai kakak ni emmang dah habis daya nak bantu

AZANI said...

vy:saya nak komen rasa tak termampu..
Ya Allah kau leburkanlah kekerasan hati Anas gantikan dengan kepatuhan padaMU,Ya Allah kau tanggalkan kedegilan dari Anas, gantikan dengan keinsafan.
Ya Allah kau gantikan susah payah Vy,keluarga dan ibunya dengan Redhamu dan EhsanMu.

cikgu zainab said...

Salam Vy,
Mama rasa terharu dgn pengorbanan yg Yy curahkan utk Anas. Mama amat kagum dgn kegigihan & ketabahan Vy dan keluarga melayan kerenah Anas. Mama ikuti program Jemputan Umrah tu..sama2lah kita berdoa kepada Allah SWT agar Anas tersedar dari lamunannya itu.

ubilepih said...

saya seperti Uncle tu,saya doakan semoga kamu cekal dan tabah dengan ujian itu.Semoga Allah melindungi kamu.Banyak2 kan doa dan minta ampun dari Allah

Abiey69 said...

Vy..
Abiey doakan agar adik anas cepat dibukakan oleh Allah pintu hatinya... Kita manusia hendaklah berdoa kepadaNya tanpa jemu.. Dugaan dan cubaan ada hikmahnya..

Buat adik anas... Hargailah pengorbanan seorang kakak dan kasih sayang seorang mak.. walau sebusuk mana kita sekalipun... keluarga tetap bersama.. Dekati Allah yang maha esa... Insya Allah kita dijauhi dari hasutan dan godaan hawa nafsu

Neeza Shahril said...

teruskan berdoa vimmy..
Allah sentiasa mendengar..