29 July, 2009

terlajak perahu tak boleh gostan

FACEBOOK banyak membantu aku dengan hebatnya
dari kawan yg dah 25 tahun tak jumpa
kengkawan yg hilang tetiba
aku yg pun ilang tetiba
berjaya menjejak diri memasing kat FACEBOOK

aku baru terjumpa seorang kawan lama
kawan kepala giler giler masa bujang lepas aku grad HotCat dulu
pastuh terpisah sebab aku kerja KL
dia plak kerja Ipoh ..kahwin and pindah Klang

pendekkan citer ...
dia pun call aku banyak kali
dan aku asyik kena sound kat sms sebab tak angkat tepon
(terVIBRATE) hehehhehehe 2 hari

pastuh masa aku angkat
sore dia plak aku tak berapa dengar
dengan selamba mulut puaka aku sound dia sedass

"oit makcik " kalo nak tepon sambil pelok laki ...baik tak payah!
sambil tuh aku mengekek ngekek gelak sambil gigit (laki aku) ..opssss
gigit jeruk mangga !!
heheheehee

so kawan aku tuh pun tepon la balik aku pakai tepon umah pulak
umah dia kat Klang...nun jauh disana
tempat yg paling aku takut
banyak lori oOooOo

"oit Mimi "
aku IBU TUNGGAL laaaa sekarang
dah setahun aku dok sensorang tido sensorang

zassssssssssssssssssssssssssssssssssssssssssssssssssssssssssss!
kedebOOoOooOoOm !
padan muker aku
kencing manis aku tetiba jadi HYPO tahap nak mati
rasa nak PITAM aku sekejap
rasa cam nak hempas kepala aku kat perot bonzai cheffarid!
adoiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiii!

PUAKA SAKA sungguh mulut aku
kenapa aku begitu CABUL
kenapa aku JAHAT GILER
KEJI giler mulut aku wehhh
nak mati kot !!!!

pastuh ...
" oii Mimi hang dengar tak sore aku ni weh"
aku tepon pakai phone rumah ni takkan tak dengar jugak "

aku rasa nak peluk dia masa tuh jugak
dia baru setahun jadik IBU TUNGGAL dengan 2 orang anak perempuan
dia juga adalah anak TUNGGAL sebab abang dia meninggal dunia 10 tahun lepas
abang dia mati lemas kat kolam kondo kat KL ni lepas sehari balik dr Ipoh
arwah suami dia pulak kena langgar dengan treler kat Port Klang

ALLAH YA ALLAH
tabahkan hati sahabat ku ini

selama ini aku ingat aku susah
kawan aku lagi susah

YA ALLAH
jauhkan aku dari perbuatan aku yg KEJI itu

Kak Z
insyallah
kita jumpa nanti
saya nak peluk nak cium akak kuat kuat lama lama !

5 comments:

Kak Nora said...

Mimi (ye)
Lain kali hati-hati ye....

Neeza Shahril said...

kadang-kadang kita je rasa benda tu sensitif.. orang yg terima ok je sebab dia tahu vimmy tak tahu..
neeza pun pernah gak tersalah cakap, beriya2 neeza call balik kawan tu sebab takut dia terasa.. rupanya dia ok je.. harapnya betul la ok kan...

mummysya said...

bukan sengaja kan!!!

manlaksam said...

Betul macam kata Neeza tu, dia tahu yang VY tak tahu.
Jangan risau, ok tuuu.

pB said...

tak sengaja , boleh dimaafkan