23 May, 2011

suka buku





Muhd Kamil Ibrahim adalah Profesor Perakaunan daripada Universiti Teknologi MARA. Anak kelahiran Besut, Terengganu pada 19 Mei 1964. Berkelulusan PhD, Sarjana, Sarjana Muda dan Diploma daripada UiTM, Universiti Dundee dan Universiti Wales.
Beliau berpengalaman luas sebagai pentadbir akademik UiTM kerana pernah memegang jawatan Dekan Fakulti Sains Sukan, Timbalan Pengarah UiTM Johor, Ketua Program Perakaunan, Ketua Pusat Pendidikan Luar dan Pegawai Khas kepada Naib Canselor. Beliau adalah pengasas dan PengarahFinancial Reporting Research Center (FRRC) yang menjalankan kerja-kerja penyelidikan kepakaran bidang.
Dr Muhd Kamil adalah penulis buku kreatif PhD: Kecil tapi SignifikanIbrahim Shah: Menyingkap Pengurusan UniversitiMotivasi Minda PelajarPelajar Cemerlang dan Motivasi Remaja. Beliau juga menulis buku kepakaran bidang seperti Value Relevance of Accounting NumbersFinancial Reporting in Malaysia dan Corporate Social Responsibility in Malaysia. Beliau juga menulis lebih 400 rencana dipelbagai media massa.
Blog beliau di http://muhdkamil.net/mystory adalah ruang beliau menulis tentang Kehidupan Ringkas tapi Signifikan dan mempunyai pengikutnya yang tersendiri. Beliau berkeluarga, beristerikan Raudzah Roslan dan mempunyai empat cahaya mata.










Roza Roslan atau nama sebenarnya Raudzah binti Roslan adalah pensyarah di Universiti Teknologi MARA (UiTM) Johor.
Beliau dilahirkan pada 2 Januari 1967 di Jementah, Segamat, Johor. Beliau mendapat Diploma Perbankan UiTM Terengganu, BBA (Hons) Pengurusan Sumber Manusia UiTM Shah Alam dan seterusnya M.A Pentadbiran Bisnes di universiti yang sama.
Beliau juga adalah isteri kepada penulis bestseller Prof. Dr. Muhd Kamil Ibrahim yang menulis buku Travelog Haji: Mengubah Sempadan Iman dan Travelog Dakwah: Meniti Hari Esok. Kisah beliau banyak termuat di dalam karya suaminya yang banyak menceritakan pengorbanan dan sokongan beliau dalam menjalani hidup beragama. 


5 comments:

zino said...

nak kena cari buku2 tu..

Anonymous said...

maap la ya.. ini org yg sama tulih dlm blg dia suruh bini dia berdoa supaya dia dapat anugrah tertingggi dunia- dato tu ke?

wan

hani@debumelukut said...

Seorang kawan menghadiahkan buku hasil karya Roza Roslan tu pada akak.Thumbs up!Siapa yg belum ada, cuba lah dapatkan,berbaloi.

Nora Fuad said...

as salam.. thanks untuk maklumat Vimmi. nak kena cari buku2 ni, untuk next project..

lieynanilaz said...

nak try baca cinta abadi tu....tertarik ngan cover...