aku yang hodoh lagi hina , amat benar merindui , moga cahaya lailatul tak membutakan mataku , semoga segala puji tak ku meninggi diri , moga segala janji dapat juga ku penuhi , moga dapatku hadapi tikaman dari belakang , lidah setajam pisau , ku tidak akan risau dengan cabaran , sepanjang perjalanan ku pasrah ku akur , 7,8,6 Alhamdulillah Syukur...
13 August, 2011
Program Makanan Sahur Kpd Gelandangan @ Masjid Jamek Bandaraya KL
Salam
aktiviti aku masih berjalan seperti biasa
masih kuat semangat utk bg makan pada HOMELESS sekitar KL
walaupun aku semakin rasa tak kuat
semakin kering dan asyik demam demam
dan aku x mo INSULIN
dan x mo GLUCOPHAGE
aku telan HABBATUS SAUDA
ok laaa
bagi aku kuat sikit
opsss...
bg makan homeless semakin giat setiap minggu
aku akan berada dalam perkarangan masjid jamek bandaraya Kl setiap minggu
bulan ramadan start lepaking dari lepas terawih sampai 2am
start bg makan dari 11pm
crowd sukarelawan ok dan semakin bertambah
event yg aku launched kat FB dah semakin ramai friends
sumbangan wang ringgit masih mengalir masuk
syukur pada ALLAH SWT
ada jugak coverage dari TV3 utk Buletin Utama
semalam sampai demam aku...cover dari Panorama TV1
kuar TV1 25 Aug 9pm rasanya
sukarelawan plg hebat dan dedikasi dari Geng Bikers KL
sukarelawan tak kenal erti jemu
Enn / Jaja / Kak Sury
dorang ni lah penasihat aku
apa yg patut
apa tak patut
insyallah
malam raya aku nak turun
kan tak balik kg
chef nak terbang
so kena jimat jimat cuti sebab nak renti keje
menu food selalunya tukar tukar tiap minggu
wayang pacak tukar tukar gak tiap minggu
next event 18 aud ada kuiz
ada hadiah
semua dari penyumbang yg x nak nama disebut sebut
alhamdulillah
utk aku dan family ??
aku hanya mau bekalan ke sana
biarlah apa org nak kata
sebab aku tau
kurang sangat bekalan
aku juga doa pada ALLAH SWT
x nak demam
x nak sakit
x nak riak
x nak bongkak
x nak semua semua yg NEGATIF
utk aku seisi keluarga
Wassalam
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
2 comments:
Alhamdullilah...Tuhan bersama orang orang yg ikhlas macam ni..unsung heroes.
Assalamualaikum...
Ternampak segmen ini diBuletin utama tadi, terus ke mari. Dapat juga tengok Vimmy dan dengar suaranya...
Alhamdulillah, teruskan usaha murni. Semoga sihat dan sejahtera sentiasa..
Post a Comment