10 March, 2012

anak yatim - puan anie din ( singapura )

ANAK YATIM


Sabda Baginda s.a.w.:
Aku sempitkan dan haramkan ke atas kamu
hak dua manusia yang dha’if
iaitu hak anak yatim dan hak wanita.

Jika kamu mahu hatimu menjadi lembut
dan mencapai hajatmu,
maka kasihanilah anak yatim,
sapulah kepalanya
dan berilah ia makan makananmu
nescaya hatimu menjadi lembut dan hajatmu tercapai.

Rumah yang paling disayangi oleh Allah SWT
ialah rumah yang terdapat di dalamnya
seorang anak yatim yang dimuliakan.

Kanak-kanak yatim yang bapanya masih ada
disapu kepalanya hingga ke belakang.
Anak yatim yang bapanya tiada
disapukan kepalanya hingga ke depan kepalanya.

Dekatkan anak yatim kepadamu,
berlembutlah kepadanya,
sapulah kepalanya
dan berilah ia makan dengan makananmu,
yang demikian itu
menyebabkan hatimu menjadi lembut
dah hajatmu tercapai.


8/12/11 NUR





*****************
hasil ini sangat2 indah
aku benar benar terpukul
anak yatim di bwah rumah ada 4 orang
umur dari 5 - 10 tahun
kesemua mereka lelaki
ayah meninggalkan mereka 3 tahun dahulu
alangkah sunyi sepi hidup mereka tanpa seorang bapa disisi
dan alangkah ruginya aku tidak memanjakan mereka

terima kasih ALLAH memberi rezeki dgn penemuan hasil yg indah ini



1 comment:

Mulan said...

kat sini ada 5 anak yatim piatu yg maknya meninggal feb tahun lepas, ayah meninggal feb tahun ni..

kesian & sedih betol tapi alhamdulillah mereka semua baik2 orangnya.. dah diajar berdikari & moga perjalanan hidup sentiasa dilindungi Allah & berjaya dunia akhirat..